BAHAGIAN IV : Dendam


                               





                  Kring....
                  Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudahpun tamat.
                      “Hai. Baru minggu ketiga keluar wad. Dah tak ada semangat  ke?” Anita bertanya. Prihatinnya. Bukankah biasanya Annie jadi ‘Ratu Diva’? Mimpi apa semalam Anita ni? Buang tabiat ke apa? Aliya berkata didalam hati.
             “ Ya. Tapi semangat ada lagi. Kan baru hari ketiga. Ya tak?” Aliya menjawab.
      “Ohh. Aliya, betul kah yang fail Cikgu Nini bagi tu fail...” Belum sempat Anita menghabiskan kata-katanya Aliya memintas.
        “ Ya. Kau ni dari semalam tanya tentang fail tu.” Marah Aliya.
        “Oh. Er, okeylah. Aku nak pergi jumpa Cikgu Layla.” Kata Anita
.
          “ Okey. Pergilah.” Aliya membalas. Setelah Anita pergi, Aliya termenung. Banyak pertanyaan yang berada di mindanya. Tentang Lilia, tentang kenapa Cikgu Nini memberikan fail aneh? Dan... E.R.N? Ya tak ya juga. Bukankah Cikgu Nini yang memberikannya fail itu? Tanya sajalah dia. Aliya meneliti tulisan Cikgu Nini. Ro? Aly? Lina? Apa semua ni? Doktor Aly!!! Apa kena-mengena dengan Doktor Aly?Tak faham lah! Kalau tak faham baik tak payah baca. Aliya menutup fail tersebut. Semua guru mesyuarat. Jadi, kalau pergi pejabat Cikgu Nini bukan boleh dapat apa pun. Ya tak?

                             
Di pejabat Cikgu Nini...
                Cikgu Nini tercari-cari failnya. Dimana dia letak ya? Terdengar ketukan. Cikgu Nini mengukir senyuman. Cikgu Layla melangkah masuk kedalam.
         “ Cari apa?” Tanya Cikgu Layla.
                  “ Tak adalah. Jom.” Dengan tergesa-gesa, Cikgu Nini menutup pintu pejabatnya. Mereka berdua beriringan menuju ke bilik mesyuarat. Namun, pada fikirannya ialah failnya yang hilang. Dimana dia letak ya? Tiba-tiba Cikgu Nini berhenti secara mengejut. Dia terfikir...pelajar baru itu !

                  Loceng berbunyi menandakan bahawa waktu rehat telahpun tamat. Aliya dan Zalikha beriringan keluar dari kelas.
                 “ Ika, Nisa pergi mana?” Tanya Aliya. Terlintas juga difikiran Aliya yang Roslinda, rakan di sekelas mereka adalah Ro. Ro, Roslinda. Hampir sama kan? Tapi  kan, Aly? Lina? Siapa? Tak mungkin dia dan Aneesa. Dia bermula dari huruf A. Dan mempunyai huruf L dan Y. Ataulah, Ro memang Roslinda. Aly dan Lina mungkin rakan Roslinda. Betul tak teorinya?
                  “ Aliya, Aneesa kan pengawas. Dia ada tugas.”
                  “  Ika, Cikgu Nini kalau ada masa lapang pergi mana?” Tanya Ayla. Eh? Kenapa tiba-tiba mulut aku keluar nama Cikgu Nini pulak? Pelik. Aku nak tanya Roslinda, tanya Cikgu Nini pula.
                 “Kalau masa lapang kan Cikgu Nini pergi main bowling, jogging. Tapi yang paling selalu pergi shopping.”  
‘Hmm, apa-apa je la ?’ desis Ayla.
“Yes!! ” jerit Ayla dengan nyaring.
“Hei! Kenapa menjerit-jerit ni. Pekak lah telinga aku.” Kata Zalikha.
“Hehe.. Sorry la kawan. Aku excited sangat ni.” Jawab Aliya sambil tersengih bagaikan kerang busuk.
“Kau ni kan, gembira pun gembira lah. Tapi ingat la orang kat sebelah kau ni.” marah Zalikha.
“ Apa yang kau gembira sangat ? Share lah dengan aku.” Sambung Zalikha ingin tahu.
“Tak ada apa-apa lah. Kau nak ikut aku pergi jalan-jalan tak?” Tanya Aliya.
“Nak. Nak pergi mana” tanya Zalikha.
“Erm, nanti aku fikir.” Kata Aliya sambil merancang sesuatu.
“Iyalah. Aku nak hantar buku di bilik guru. Nak ikut aku tak?” Tanya Zalikha.
“Nak ikut.” Jawab Aliya.
Di bilik guru...
“Ika, aku tunggu di luar bilik guru je la. Kau masuk lah.” Kata Aliya.
Zalikha menggangguk lalu masuk ke bilik guru.
  ‘ Eh, Cikgu Nini.‘ Aliya menghampiri bilik Cikgu Nini yang terbuka.
            “Hishh. Mana aku letak fail Lilia tu. Habislah aku kalau tak jumpa.” Cikgu Nini mengomel sendirian. Suaranya perlahan tetapi dapat didengar oleh Aliya.
            ‘Fail Lilia? Bukan kah Cikgu Nini bagi pada aku fail Lilia tu? Pelik. Kenapa Cikgu Nini bagi fail Lilia. ERN?’ Detik Aliya dalam hati.
             “Hei. Kau buat apa?” sergah Zalikha.
              “Opocot!!  Huh.. Kau ni kan, kalau aku sakit jantung kan...mati kau. Jawab lah dengan mama aku  kalau dia tanya kenapa aku landing depan bilik guru.”
            “Anak mama! Bilik guru? Hei, kau sekarang ni ada di depan bilik kaunselinglah!”
“Eh? Iya ke?” tanya Aliya pelik. Kemudian dia pandang ke hadapan. Sah! Dia berada di depan bilik kaunseling.
“ Jomlah Ika. Nanti cikgu marah pula kita masuk lewat.” Sambung Aliya sambil menarik tangan Zalikha.


Cikgu Nini belum masuk ke kelas. Aliya duduk di tempatnya sambil mata melilau ke luar tingkap.
‘Fail Lilia? Kenapa Cikgu Nini cari fail Lilia. Kan Cikgu Nini bagi pada aku. Macam ada sesuatu yang tidak kena.’  Bisik hati Aliya.
Kemudian Aliya teringat tentang fail Lilia. Monitor ingatannya mengimbas kembali tentang kandungan fail itu. Kumpulan E.R.N ? Apa maksudnya?.
Aliya mengerling jam pada dinding kelas. Sudah pukul 12.45 tengahari. Lima belas minit lagi dah nak balik, tetapi Cikgu Nini tidak muncul lagi. Mungkin ada hal. Aliya meminta izin ketua kelas kononnya untuk ke bilik guru. Tetapi dia hendak menjengah ke bilik kaunseling.
Di depan bilik kaunseling...
Tuk , tuk...
Aliya mengetuk bilik kaunseling. Kelihatan Cikgu Nini sedang menghadap laptopnya. Aliya menyapa gurunya.
“ Eh, Aliya. Kenapa?” tanya Cikgu Nini. Lantas dia menutup laptopnya.
“Kenapa cikgu tak masuk kelas tadi?” tanya Aliya ingin tahu.
“Cikgu ada mesyuarat tadi. Baru je habis.” Jawab Cikgu Nini sambil tersenyum.
“Tak balik ke? Dah pukul satu lima minit.” Sambung Cikgu Nini.
“Saya balik lambat sikit. Mama saya ada hal.” Jawab Aliya jujur.
“Ohh. Biasanya Aliya balik dengan Mama lah?” tanya Cikgu Nini.
Aliya hanya mengangguk.
“ Cikgu, tentang Lilia tu....”
“Ohh, awak tidak perlu siasat lagi. Lilia hanya tekanan perasaan sahaja. Dia dah okey.” Pintas Cikgu Nini tanpa sempat Aliya menghabiskan ayatnya. Wajah Cikgu Nini kelihatan tegang.
“ Saya nak balik dah ni. Esok kita jumpa lagi yer.” Kata Cikgu Nini sambil mengemas barangnya.
“ Baik cikgu. Saya balik dulu.” Kata Ayla sambil menyarungkan kasutnya.
Cikgu Nini mencapai handsetnya lalu mendail nama seseorang.
“Hello, kita ada masalah."

             Di rumah Aneesa...
        Malam semakin larut tetapi Aneesa tidak dapat melelapkan matanya. Dia mengimbas kembali ingatannya ketika di bilik kaunseling di tempat Cikgu Nini. Dia pelik melihat ayat di dalam surat yang tertulis ‘Agenda  kita bermula di  utara selatan- untuk Rosella’
Belum sempat Aneesa membaca, dia mendengar derap langkah seseorang. Dengan pantas Aneesa melipat surat itu dalam bentuk asalnya.
Rupa-rupanya Cikgu Nini. Dia menyapa Cikgu Nini dan segera mengatur langkah untuk keluar ke bilik kaunseling. Tujuannya ke bilik kaunseling untuk mencari buku, tetapi benda lain pula yang jumpa. Dia sempat mengerling sekilas, kelihatan cikgu Nini tergesa-gesa memasukkan surat yang dibacanya ke dalam handbag nya.
Sehingga malam ini, dia teringatkan kejadian siang tadi. Bermacam-macam andaian yang bermain di mindanya. Akhirnya Aneesa tertidur dalam keresahan yang menghimpit jiwa.
***

“I dah kata, tapi you tak nak dengar.” Ujar  Datin Natrah sinis.
“ Suka hati I lah. I CEO di sini. You tu siapa? Sedar diri tu sikit.” Marah Datin Melisa tersebut.
“You sudah lupa jasa I selama ini? Tak apa. Jangan sampai I buat you menyesal suatu hari nanti.” Bentak Datin Natrah tersebut.
“You nak berapa? I bayar.” Tawar Melisa.
“I tidak perlukan duit you. I nak you serahkan Arissa kepada I.” Ujar Datin Natrah dengan tenang.
“Aris sudah tiada.” Perempuan tersebut melarikan pandangan matanya ke arah lain.
“Jangan nak tipu I. You ingat I bodoh? I tahu you sorokkan Aris daripada I.” Ujar Datin Natrah geram.
“Aris sudah mati!!!!!” jerit perempuan tersebut sambil berlalu meniggalkan bilik tersebut yang terasa bahangnya walaupun bilik tersebut dilengkapi dengan penyaman udara. Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang mencuri dengar perbualan kedua-dua datin itu. Mindanya merencanakan sesuatu.
***

        Keesokan pagi, setibanya Aliya di sekolah, dia mencari Aneesa dan Zalikha. Mungkin mereka berdua boleh membantu. Dia membawa sekali fail Lilia. Setibanya dia dikelas....
“Nisa, Ika. Aku nak cakap sesuatu lah. Kau kena dengar..” Aliya memulakan kata-katanya.
“Kenapa dengan kau ni Aliya? Macam serius je.” Aneesa merasa suhu Ayliya. Tak panas pun. Maknanya tak demam lah kan? Tapi kan, perangai Aliya hari ini lain sikit. Hmm. Memang sah. Aliya buang tabiat.
“ Kau ni! Aku tak demam lah!” Aliya menepis tangan Aneesa.
“Haa. Ini barulah Aliya!” Kata Aneesa.
“Liya, kau nak cakap apa?” Segera Zalikha bertanya. Mereka berdua ni...kalau tak dileraikan pergaduhan memang tak akan berhenti sehinggalah ada seseorang yang leraikan. Jika tidak, alamatnya memang mereka akan bergaduh hingga mereka letih. Itu pun rehat. Lepastu, sambung lagi. Memang kalau masuk pertandingan siapa yang bergaduh, memang juara.
“Ika, Nisa kita tidak boleh berbincang di sini. Tentang Lilia.” Jawab Aliya separuh berbisik.
“Aliya, Ika sebenarnya aku nak cakap sesuatu juga. Tentang Cikgu Nini.” Kata Aneesa perlahan.
“Okay. Sekarang, kita nak berbincang di mana?” tanya Zalikha.
“Kalau korang tidak kisah, kita bincang tentang ni dekat pusat bowling, Mid Valley. Ok tak?” Kata Aliya meminta kepastian.
“Malam ini juga.” Sambung Aliya. Sebenarnya, tanpa pengetahuan Aneesa dan Zalikha dia merancang sesuatu. Dia sengaja memilih tempat di Pusat Bowling Mid Valley. Menurut catatan pada fail Lilia, kumpulan E.R.N akan berjumpa Lilia pada hari Rabu malam Khamis. Ya, malam ini.  Dia berasa kumpulan E.R.N lah yang mempengaruhi Lilia untuk membunuh diri. Eh, hari Rabu malam Khamis?  Cikgu Nini! Hmmm, untung-untung jumpa Cikgu Nini boleh lah minta tolong sekali.
       “Pukul sembilan malam kita berkumpul di sana.”kata Aliya.
Aneesa dan Zalikha hanya mengangguk.
Cikgu Nini melangkah masuk ke kelas. Dia melihat satu persatu wajah anak muridnya.
       “Lilia tidak hadirkah hari ini?” tanya Cikgu Nini kepada ketua kelas.
       “Tidak cikgu. Annie pun tak datang hari ini.”
Kelihatan Cikgu Nini mencatat sesuatu di dalam buku miliknya. Kemudian dia memulakan sesi pembelajaran.
___________________________________________________________



          “Habislah kita, Elina.” Kata Ro.
          “Apa yang habis. Kalau sardin habis, aku boleh beli. Kedai pun tak jauh. Jalan kaki pun boleh.” Jawab Elina panjang  lebar.
          “Woi. Kau ni membebel je kerja. Kita ada masalah. Fail budak tu dah hilang! Aduh. Pening kepala aku.” Jawab Ro.
          “Apa?!! Kau ni tak boleh harap langsung lah. Aduh, kau ni kan aku suruh simpan fail tu elok-elok. Kalau kau jaga betul-betul fail tu tak de susah hati macam ni” Jawab Elina dengan suara lantang.
          “Tengok tu, memebebel lagi. Pekak la telinga aku.” Jawab Ro setanding dengan suara Elina.
         “Hei, apa bising-bising ni.” Sergah Natalie secara tiba-tiba.
Ro dan Elina serentak memandang ke belakang. Kelihatan Natalie berdiri sambil bercekak pinggang. Rambutnya kusut masai. Mungkin baru bangun tidur.
          “Masalah..” jawab Ro.
         “Fail budak tu hilang. Aku tak tahu letak di mana.” Sambung Ro lagi.
         “Hilang?!” Jerit Natalie dengan nyaring.
         “Korang ni, rilek la. Aku ada salinan fail tu.” Kata Natalie sambil tersenyum.
        ‘Tadi menjerit sampai pekak telinga aku, rupa-rupanya dia ada salinana. Tak guna batul’ bisik hati Elina
        “Aku tahu tu, tapi aku takut fail tu jatuh ke tangan yang salah. Faham?” kata Ro dengan wajah yang berkerut.
        “ Tak apalah. Hal itu kita fikirkan kemudian. Yang penting kita jumpa budak tu malam ini. Faham?” Kata Elina yang sejak tadi tidak bersuara.
       “Ok, tapi malam ini aku tidak ikut.” Kata Ro.
       “Hei, mana boleh. Kita pergi sekali lah.” Kata Natalie.
       “Ok, macam ini, Ro duduk dalam kereta.” Elina mencelah memberi kata putus.
       “Tapi kan...aku ada temu janji la dengan pesakit aku. Maklumlah...aku kan pakar psikatiri.” Kata Elina.
       “Okey...tapi, pesakit tu Lilia kan?” Tanya Natalie.
Elina tersenyum“Tak. Dia pun perempuan. Tapi dah tua. Tapi kan, cantik lagi. Kaya pula tu. Ro, dia kata anak dia sekolah tempat kau. Pelajar baru. her’s name is.... ermm, aku tak pasti nama dia”


“Nak pergi mana tu?” Tanya Aliya sebaik sahaja ternampak ibunya melangkah keluar dari rumah.
“Ibu nak jumpa doktor. Yalah. Penat kerja. Balik letih. Jadi, sebab itulah mama selalu buat temu janji dengan doktor. Best apa. Doktor tu baik. Fikiran terbuka. Kalau Aliya nak tahu, nama dia Doktor Elina. Dia tu.......”
“Ok Ibu. Aliya nak pergi Mid Valley dengan kawan. Bye Ibu.” Aliya memotong percakapan mamanya.  Sebenarnya, dia malas hendak mendengar tentang Doktor Elina. Sudah beratus-ratus kali dia mendengar tentang Doktor Elina. Hampir cair tahi telinganya.
“ Okey. Bye” Puan Khalidah melambaikan tangannya. Dia bergegas menaiki kereta pacuan empat rodanya.

               Di Mid Valley
“Kita mesti cari Lilia dahulu.” Kata Zalikha.
“Lilia.” Kata Aliya sepatah. Kelihatan Aliya sedang duduk di bangku pusat membeli belah. Tiba-tiba, kelihatan dua orang wanita sedang menghampiri Lilia dan mereka masuk ke sebuah restoran.
“Kita ikut mereka.” Celah Aneesa.
Mereka berjalan seiringan.
‘Hmm. Macam pernah nampak muka dia ya. Siapa? Terserempak kut.’ Aliya bermonolog.
“Aliya, aku nak dengarlah mereka bercakap.” Sambung Aneesa lagi.
“Kau ni, sabarlah. Nanti dia orang tahu yang kita mengintip dia orang macam mana?” Marah Aliya.
“Kau ni Aliya, kita duduklah  meja yang dekat dengan dia orang. Itu pun tak boleh fikir.” Dalam keadaan marah, Zalikha memberikan cadangan.
“Ya. Cadangan yang bagus. Dan biarkan mereka tahu yang kita tengah mengintip dia orang. Macam tu?” Aliya memulangkan semula paku keras.
“Ada aku kata macam tu? Hei, tengok apa yang aku bawa.” Kata Zalikha sambil menunujukkan kaca mata hitam dan rambut palsu.
“Perfect lah kau ni!” Jerit Aliya.
“Tapi kan, kita tak boleh pakai kat sini. Nanti mereka nampak. Kita pergi tandas di tingkat ni.” Aneesa memberikan buah fikiran.
Selesai mereka memakai rambut palsu...
“Kita nak duduk di mana?” Tanya Aliya.
“Sana lah. Sebelah meja mereka.” Zalikha memberikan cadangan.
“Aku setuju.” Aliya memberikan persetujuan. Mereka melangkah ke meja yang dipilih.
Mereka memasang telinga. Namun, Aliya bertindak bijak membaling sesuatu dibawah meja mereka supaya mereka mendengar dengan jelas. Itulah alat yang dicipta oleh kakak Aliya, iaitu Wilma.
“Jadi, Lilia memang nak jumpa kakak Lilia lah ya?” Elina bertanya. Lilia mengangguk.
“Tapi Lilia tahu kan, papa Lilia yang langgar kakak Lilia. Mama Lilia pula ambil hak orang. Kakak Lilia yang Lilia sayang tu dah tiada. Lilia rasa patut kah Lilia hidup tanpa kakak Lilia?” Elina menyoal lagi.
“Jadi...”
“Dah lah tu. Kami dah nak pergi. Lilia balik, tenangkan diri. Doktor nak pergi dulu ya. Ada temu janji.” Mata Elina melirik pada jam tangan di pergelangan tangannya.
“Okey. Bye Doktor Elina.”
‘Doktor Elina?’ Hati Aliya tersentap. Ya. Baru dia cam. Doktor tu, doktor mamanya. Maksudnya...selama ini Doktor Elina, doktor keluarganya... Dan Doktor Aly mungkin orang yang sama dengan Doktor Elina. Mungkin ada kena mengena dengan pembunuhan Abahnya...
“Jom. Kita ikut mereka.” Aliya menarik tangan Aneesa dan Zalikha. Mereka bertiga mengikut Elina dan Natalie dari belakang. Hinggalah di tempat perbincangan itu dilakukan. Iaitu di sebuah gudang lama berdekatan Central Park.
“Aly, Lina! Kenapa lambat? Dah tahu pukul berapa dah?” Sebaik sahaja Natalie dan Elina melangkah masuk, mereka dimarahi seseorang.
“Cikgu Nini?” Mata Zalikha membuntang. Siapa sangka, orang yang dicari-cari selama ini adalah guru yang rapat dengannya. Cikgu Nini Rosella!
“Ro ni, macam lah tak tahu. Kalau kau nak tahu lah kan, aku terpaksa batalkan temu janji dengan Puan Lisa.” Rungut Elina.
“Lisa?  Datin Melisa tu?” Tanya Rosella.
“Ya.” Natalie  menjawab pendek.
“Okey, kita mulakan perbincangan!” Serta-merta, perbincangan dimulakan.
“Aku dah dapatkan balik fail Lilia.” Kata Rosella sambil meletakkan fail tersebut diatas meja.
“Bagus. Lepas ni, agenda jahat kita bermula.” Mendengar sahaja kata-kata Cikgu Nini Roslina, Aneesa teringat akan kertas yang berada didalam pejabat Cikgu Nini.
“Kita dah lama rancang. Lilia, nasib baik budak tu ada. Senang sikit kalau budak tu ada. Senang kita balas dendam pada Raihana.” Sahut Elina.
Perbincangan dimulakan...mereka bertiga mendengar bicara tiga sekawan, yang ingin membalas dendam. Aliya merakam segala butir segala percakapan mereka bertiga. Terlintas juga difikiran Aliya. Kenapa kalau nak balas dendam guna Lilia? Kan senang kalau jumpa Raihana terus. Tak perlu nak menyusahkan orang lain. Aliya menghidupkan telefon bimbitnya. Dia menjauhkan dirinya daripada gudang tersebut. Aliya menelefon Wilma. Panggilan disambut.
Aliya: Kakak, Liya ni. Liya nak minta tolong sikit.
Wilma: Kalau nak minta tolong kenapa berbisik ni?
Aliya:Kakak, kan Liya pernah cerita. Tentang Cikgu Nini, Lilia.
Wilma: Habis tu? Kenapa?
Aliya: Tak, macam ni...
Aliya menceritakan semua yang berlaku. Dari A hingga Z. Tiada yang tertinggal.
Wilma: Hah! Biar betul Aliya!
Aliya: Betul. Cepatlah kakak. Panggil polis sekali ya.
Wilma: Okey. Tapi kakak tak jamin cepat sampai ya. Kakak cuba.
Aliya memutuskan panggilan. Aliya pergi ketempat dimana Zalikha dan Aneesa menunggu. Tetapi, apabila Aliya sampai...
“Aik? Mana mereka berdua ni?” Aliya teringat bahawa mereka berada dikawasan penjahat. Jadi, mungkin Zalikha dan Aneesa dalam bahaya.
“Cari siapa Aliya?” Satu suara menyapa Aliya. Aliya tersentak. Rosella tersenyum jahat. Tahulah Aliya yang...
“Eh, Cikgu Nini. Apa khabar? Sihat?”
“Sihat sangat.  Aliya?” Aliya berpaling. Siapa pula dia ni?
“Aly! Tangkap dia! Dia dengar rancangan kita!” Arah Rosella. Aliya tersentak. Betulkah ini Cikgu Nini? Atau ini adalah makhluk asing yang tersesat di bumi dan menyamar sebagai Cikgu Nini Rosella?! Lain sungguh perwatakan Cikgu Nini, yang selama ini lembut dan bersopa-santun.
“Aliya! Macam mana ni?” Tanya Aneesa cemas. Aliya diam. Dia berfikir. Jika Wilma lambat, tantu mereka dalam bahaya. Tapikan... Cikgu Nini nak buat apa? Nak jual? Nak tanya soalan matematik? Nak minta wang tebusan? Terbayang dimata Ayla cara mereka meminta wang tebusan. Pisau... hish! Jangan lah. Takut. Minta-mintalah Wilma cepat sampai. Tapi, sepantas mana pun Wilma, trafik jam. Tak gerak kereta. Bermalamlah kat jalan raya.
“Jangan bergerak!”
“Ro, agaknya masa budak ni hilang dia telefon polis.” Kata Elina. Dia mengambil pistol dari laci meja.
“Itulah, culik orang genius sangat. Kan dah kena. Padan muka” Zalikha menyampuk.
“Budak, kau senyap.” Marah Natalie.
“Aliya! Aliya!” Tiba-tiba terdengar seseorang memanggilnya. Aliya yakin itu Wilma. Pantas juga kakaknya. Bantuan polis mana lah yang expres ni. Boleh naik gaji ni!
Dummmmmmmm. Pintu gudang dipecahkan. Apa lagi, terkejut la tiga penjahat tu.
“ Aliya... kau ni kan, bijaklah! Pandai kau! Tapi kan, kau telefon polis terus eh?” Tanya Aneesa. Sempat dia memuja-muji Aliya sedangkan mereka bertiga tahu mereka dalam bahaya. Tak peka langsung!
  “Senyap!” Marah Rosella.
“Suka hatilah. Nak senyap ke, nak bising ke, banyak bunyi ke, ada guna suara kau ke? Tak ada kan? Jadi, sibuk kenapa?” Tanpa menghiraukan situasi, Ayla dengan selamba menuturkan ayat tersebut. Hilang perkataan cikgu pada nama Nini.
  Muka Rosella panas. Manusia ni memang nak kena santau!!!!!
“ Jangan gerak ya. Jadi patung sekejap. Polis nak tangkap.” Selamba Zalikha menuturkan kata-kata itu. Dia tahu, Aliya saja mahu berkata-kata semasa E.R.N sedang cemas. Maksudnya, menggangu tumpuan mereka menyelamatkan diri. Senang sikit nak tangkap. Bijakkan?
“Senyap!!” Jerit Natalie. Serta-merta, mereka bertiga dikepung.


“Ha. Itulah. Tak bijak sangat. Kan dah kena kepung. Aliya dan Aneesa saja  nak buat E.R.N marah sebab nanti itu mesti menarik polis datang ke sini. Kan Aliya?” Zalikha tahu sangat taktik Aliya. Senag sangat nak baca. Bagi  orang yang bijak dan peka lah.
Nini Rosella segere memacukan pistol ke arah kepala Aliya.
“Jangan halang aku. Kalau tidak, budak ni mati!” tempik Rosella.
Elina dan Natalie juga memegang pistol dan menghala ke arah mereka yang ingin menghalangnya.
Tetapi, Aliya segera menempis tangan Rosella.
“ Jangan nak buat lawak kat sini. Buang ajelah pistol mainan tu.” Kata Aliya sambil tersenyum sinis.

Dan... kesudahannya kumpulan E.R.N ditahan. Lilia dan ibunya, Raihana turut hadir.
“Rosella, saya tak bermaksud nak...” Raihana tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Kata-katanya dipotong Nini Rosella.
“Puas hati kau Raihana? Kau ni, tak malu ke? Dah lah rampas suami orang,  jadikan Natalie penganggur, duduk merempat. Kau juga  langgar ibu bapa Elina sampai mati! Kenapa kau hidup? Kenapa kau tak mati saja masa kemalangan tu? Kau tahu tak Raihana, anak kau mati sebab aku! Kau tahu tak! Baik kau mati! Lepas ni aku nak tamat kan riwayat anak kau pula, Lilia. Biar kau menderita. Biar kau tahu macam mana perasaan kami.” Nini Rosella menghamburkan kemarahannya pada Raihana. Semua yang terbuku dihatinya. Raihana terduduk.
“ Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak buat perkara ni semua pada kau.... aku minta maaf.”
“ Kau ingat minta maaf kau tu boleh mengembalikan kebahagiaan aku?!! Kau tak sedar ke selama ini kau meragut kebahagiaan aku..” tempik Rosella.
“Rosella, aku dah bertaubat. Aku mengaku salah. Selama ini aku memang cari kau.” Kata Raihana
“ Aku sayang kau Rosella. Walaupun kau adik tiri aku, aku sayang kau.” Sambung Raihana lagi
“kau sayang aku?! Tipu. Kau penipu. Kau rampas hak  aku sesuka hati. Kau biarkan aku terumbang-ambing. Kau kata sayang?” kata Rosella.

“Ya. Aku mengaku dulu, aku memang benci kau. Kau lah menmyebabkan kematian ayah kandung aku. Tapi sekarang, aku dah maafkan perbuatan kau membunuh ayah aku. Dan, aku nak minta maaf tentang apa yang aku lakukan pada kau selama ini.” Kata Raihana membangkitkan tragedi berdarah masa silam.
“Kalau kau nak tahu, bukan aku yang bunuh ayah kau. Sebenarnya ibu   lah yang bunuh ayah kau. Kau membuat andaian  sendiri menyatakan aku bunuh ayah kau. Masa tu, aku ada di rumah. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi hempasan kaca jatuh, lalu aku keluar dari bilik. Aku terkejut melihat ayah terlentang di anjung rumah. Tusukan pisau yang tajam di dada ayah menyebabkan dia kehilangan nyawanya. Ibu pula meraung-raung bagaikan histeria. Semenjak itulah kau benci aku. Kau fikir aku membunuh ayah kau sehingga mati. Beberapa bulan kemudian, ibu ditahan di rumah sakit mental. Rupa-rupanya, selama ini, memang ibu ada penyakit mental. Aku menjenguk ibu, dan doktor menyatakan bahawa ibu menghidap penyakit skizofrenia. Masa tu kau hanya berendam air mata.” Cerita Rosella panjang lebar.
“ Aku hampir putus asa melihat ibu yang bercakap sendirian. Kadang-kadang ibu menangis. Kita terpisah  . Sehinggalah, aku berkahwin dengan seseorang. Pada masa itu, kau datang ke rumah kami. Aku menyambut kau dengan baik. Rupa-rupanya kau ada rancangan jahat sehinggalah aku dihalau keluar. Dan aku nak balas dendam apa yang kau buat pada aku selama ini.” Sambung Rosella lagi.
Raihana sungguh terkejut dan tidak menyangka sama sekali perkara ini berlaku.
“ Aku tahu aku salah. Aku minta maaf apa yang aku buat pada kau.” Esak tangis Raihana kedengaran semakin kuat. Lilia  yang berada di sebelah Raihana mengalirkan air matanya.
 Kini, terbongkarlah rahsia yang sekian lama disimpan rapi oleh mereka. Kisah silam yang penuh dengan kesengsaraan. Tika sunyi datang menyapa, hadirnya pengutus rasa bahagia. Pabila nafsu menguasai minda, dia hilang kompas kewarasan. Demi sebuah rahsia keluarga, si dia sanggup bertongkat derita. Benar, dunia ini penuh kepalsuan. Dunia juga umpama sebuah pentas yang penuh dengan aktor dan aktresnya.

Rosella menitiskan air matanya. Tetapi tidak sederas air mata yang selama ini menemaninya. Rosella memutarkan ingatannya. Dia  mengimbas kembali tentang peristiwa yang mengheretnya ke lembah dendam kesumat yang tidak berkesudahan.
 =================================================
DI VILLA ANGGERIK
“ Keluar kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi!” Tanpa rasa kasihan,  Hanafi  menghalau Rosella keluar daripada banglo 2 tingkat miliknya. Raihana hanya tersenyum. ‘Keluar juga kau akhirnya.’
Rosella melangkah keluar banglo 2 tingkat. Amy, pembantu rumah hanya memandang sayu. Dia tidak mampu berbuat apa- apa. Dia hanya seorang pembantu rumah. Hatinya sayu. Raihana. Ya. Dia lah yang menyebabkan rumah tangganya musnah gara-gara perempuan itu. Dia tidak tahu dimanakah harus dia berteduh. Namun, dia beruntung kerana dia mempunyai kerjaya. Sebagai guru kaunseling. Dia menahan teksi. Dia pun tidak tahu di mana. Mungkin dirumah kedua-dua orang tuanya. Sepanjang perjalanan, Rosella mengimbas kembali detik-detik bahagia. Namun, apabila Raihana masuk ke dalam keluarganya, semuanya hancur berkecai. Kini, tinggalah dendam kesumat yang tiada penghujungnya. Dia akan buat sesuatu. Raihana perlu diberikan kesedaran sivik. Ya. Dia akan...balas dendam....



DI SEBUAH SYARIKAT TERKEMUKA


        “Zizi, panggil Natalie. Saya nak jumpa dia sekarang!” Tiada angin tiada ribut, dia mahu marah.
“Baik lah encik.” Zizi kecut perut. Zizi memanggil Natalie.
Natalie mengetuk pintu.
“Masuk!” Natalie melangkah masuk kedalam pejabat. Hatinya gelisah.
“ Awak tahu kenapa awak dipanggil?” Tanya Hanafi.
“Natalie hanya menggeleng. Sungguh, dia tidak tahu apa-apa.
“Awak tahu tak menggelapkan wang syarikat adalah satu kesalahan?” Tanya Hanafi. Natalie mengangguk.
“ Jadi, kenapa awak gelapkan wang syarikat?! Dah tahu dah awak tu miskin, tak payah lah nak ambil hak orang lain. Awak dipecat! Saya tak nak tengok muka awak lagi! Mulai hari ini, jangan sesekali menjejakkan kaki ke sini lagi! Faham?!” Kata-kata dari Hanafi tadi mengejutkan Natalie. Bila masa dia menggelapkan wang syarikat? Bila? Natalie bingung.
“ Pekak kah? Saya kata pergi!” Tengking Hanafi.
Sebaik sahaja dia diluar pejabat...
“Dah dapat dah nois berhenti kerja? Dah dapatkan? Jadi, apa kata awak pergi sekarang.” Sejurus kemudian, dia ketawa. Natalie marah. Dia berpaling kebelakang untuk melihat tuan empunya badan. Alangkah terkejutnya dia... itu isteri baru majikannya! Raihana!
“Saya memang dah agak dari mula. Saya tak pernah ambil wang syarikat walau satu sen! Raihana, kenapa? Saya tak ganggu pun kebahagian awak. Yang tiba-tiba awak ambil kebahagian saya ni kenapa hah?!” Marah Natalie.
“  Oh. Awak nasihat Hanafi tu tak dikira lah? Kau tahu tak Natalie, Hanafi hampir ceraikan aku sebab kau kata ‘Hanafi, Rosella cinta pertama kau. Rihana yang kedua. Encik Hanafi, Raihana memang sayangkan encik? Atau dia sayangkan harta encik?’ Kau tanya macam tu kan? “ Raihana mengulangi ayat-ayat Natalie ketika Hanafi meminta pendapatnya.
“Ya. Aku memang patut buat macam tu pun. Kau tak malu Raihana, kau nak harta Hanafi sajakan? Dahlah rampas suami orang. Malulah sikit Raihana.” Ujar Natalie sinis.
“Ada aku kisah? Aku tak kira! Kau keluar dari sini sekarang!”
Natalie melangkah keluar dari bangunan tersebut. Disinilah dia memulakan alam pekerjaan. Disinilah dia belajar erti kehidupan. Tapi...ianya hanya tinggal kenangan. Ya...dia akan...balas dendam. Dialah yang membuat aku hilang mata pencarian. Aku tidak ada kelulusan, syarikat mana yang hendak ambil aku sebagai pekerjanya. Suatu masa dahulu, Hanafi lah yang memberi pekerjaan yang gajinya cukup lumayan walaupun tiada kelulusan. Ya, aku akan balas dendam pada kau Raihana. Natalie nekad.

DI PASARAYA
“Mama. Pergilah melintas jalan raya dulu dengan papa. Lina nak cari kunci dalam beg dulu. Hati-hati tau.” Pesan Elina. Elina tercari-cari akan kunci keretanya. Dimana ya? Ha. Jumpa pun
“Mama. Lina dah...” Tiba-tiba terdengar seseorang dilanggar.
“Mama!!!!!! Papa!!!!!!!!!!!” Elina berlari sekuat hati menuju ke tempat dimana orang tuanya dilanggar kereta.
“Mama! Papa! Bangun!” Elina menggoncangkan badan ibu bapanya yang berlumuran darah.
“Aik? Yang langgar tu macam kereta majikan aku saja.” Kata Natalie perlahan.
“Macam kenal ya kereta tu? Macam kereta bekas suami aku saja?” Terdetik dihati Rosella untuk mengetahui kemalangan yang berlaku sebantar tadi.
  Apabila Natalie dan Rosella sampai dan kini berada disisi Elina...
“Cik, biarkan ambulans ambil mereka.” Kata Natalie.
“Ya. Nanti kita pergi melawat mereka.”


DI RESTOREN SECRET GARDEN

“Nama saya Natalie” Natalie memperkenalkan diri.
“Saya Rosella.”
“Elina” Kata Elina pendek. "Boleh panggil Aly."
“Boleh saya tahu, yang kena langgar tu siapa?” Tanya Natalie.
“Ibu dan ayah saya...” Air mata Elina bergenang.
“Tapi kan, saya cam nombor pendaftaran. Kereta tu pula sama macam bos saya. Mungkin bos saya yang...”
“Bos awak?” Mata Rosella membuntang.
“ Ya. Kenapa?”
“Saya cam. Tu kereta bekas suami saya.”
“Hah!”
“Tapi yang memandu tu perempuan...”
Mereka bertiga berpandangan. Ya, orang yang sama. Orang yang menyebabkan Rosella menangis setiap masa, orang yang sama menyebabkan Natalie menjadi penganggur dan orang yang sama menyebabkan Elina kehilangan orang tuanya buat selama-lamanya....
 _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ ____
Itulah  tragedi yang menimpa mereka bertiga sehingga terjebak ke dalam dosa yang menghantui kehidupan.  Janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga hilang kewarasan sebagai seorang manusia. Namun, ada sesuatu yang bermain di benak Aliya.
       "Apa kena mengena Mama dengan Doktor Aly? Siapa yang bunuh Abahnya?" Semasa di gudang lama, dia terjumpa gambar  Melissa,Elina,Zulkifli dan seorang wanita yang tidak dikenalinya. Gambar lama.

       "Apa semua ini?"
 

0 Comel ♥: