BAHAGIAN III : Dendam

       
                                     


  “Kenapa lambat?” Sebaik sahaja mereka bertiga melangkah masuk kedalam kelas, Aliya diserang oleh Anita. Aliya sudah menjangka perkara ini.
       “Kau nampak tak apa yang ada di tangan aku?” Tanya Aliya tanpa mempedulikan soalan maut yang ditujukan daripada Anita kepada dirinya.
     “Wah. Pelajar baru kita ini dapat kepercayaan cikgu lah!” Kata-kata Anita berbunyi seperti mahu mencari pergaduhan, tetapi bagi Aliya, inilah masanya untuk membuktikan sesuatu.
    “Ya. Aku tak sampai satu...” Belum sempat Aliya menghabiskan kata-katanya tiba-tiba ada orang mencelah.
      “Kau Anita, tak payah nak tunjuk lagak. Tak payah nak saman pelajar baru kita. Suka hati dialah nak buat apa pun asalkan tak melanggar peraturan sekolah.“ Anita dan Aliya tercari-cari pemilik empunya suara. Alangkah terkejutnya Ayla apabila suara itu milik.......... Lilia!
    “Kau sibuk saja. Pergi kau.” Seisi kelas terkejut apabila Anita mula meninggikan suara. Tiba-tiba...
  “Apa bising-bising?” Sergah Cikgu Nini. Apalagi, lintang-pukang mereka semua duduk ditempat masing-masing.
                         Mereka mengucapkan selamat.
  “Kamu tak payah marah dia Anita. Cikgu yang suruh dia singgah di pejabat cikgu tadi.” Terang Cikgu Nini.                  
      “Oh. Yakah? Tidak mengapa. Saya faham.”Balas Anita
  “Tak apa Anita, Penjahat sedang dibanteras, jaga kau nanti aku balas!” Aliya bermonolog.


              Disebuah gudang lama berdekatan Central Park...

                    “Lina! Aly!” Elina tersentak. Siapa pula yang panggil namanya? Apabila dia berpaling kebelakang, secalit senyuman terukir dibibirnya. Tidak perlu lagi dia menadah telinga mendengar leteran Natalie atau lebih mesra dipanggil Aly.
                    “Ya. Disini. Ro, kenapa kau datang lambat? Dah tahu setiap hari Rabu kumpulan kia wajib berada disini!” Marah Natalie.
                    “Sorrylah  Aly. Kau pun tahu kan, dah la jalan raya sesak. Jalan gelap sebab dah malam. Bos aku lambat bagi keluar pula tu. Tapikan Aly, hari ni kan hari Isnin.” Ro memberi alasan.
                    “Hmm. Yalah. Disebabkan kita bertiga BFF.Kalau aku saman kau juga...Berjambang alasan kau nanti kalau aku...” Belum sempat Natalie menghabiskan kata-katanya, Elina memintas.
                    “Dah lah tu! Bila kita nak mula ni? Ingat aku ni senang ke nak keluar rumah. Bertimbun soalan ibu aku bagi.” Marah Elina.
                    “Hmm. Sory lah. Okey, mesyuarat dimulakan sekarang!” Putus Natalie. Serta-merta, perbincangan dimulakan.
                    “Okey Lina, aku baca mesej ni yang kau ada tulis rahsia kita hampir terbongkar. Boleh aku tahu siapa orang yang hampir tahu rahsia kita bertiga ni?” Tanya Natalie.
                    “ Sebenarnya lah kan, aku yang cuai. Hampir bos aku baca isi fail ni. Nasib baik aku bagi alasan ‘bos, itu fail saya. Maaf saya tersalah bagi.’Harap Aly dan Ro boleh maafkan aku.” Cerita Elina
                      “Hmm. Gila la juga tu. Nasib baik tak baca lagi dalam tu. Kalau tak, nak je aku stim dia ni.” Kata Ro.
                        “Stim? Buatlah barbeku. Barulah sedap sikit.” Cadang Natalie.
                        “Hish. Tak nak aku. Nanti gemuk.” Ro membalas.
                        “Sampai hati ya. Nak masak aku pula.” Elina berpura-pura merajuk.
                        “Mana adalah. Kan kita tiga kan kawan baik sejak kecil lagi. We three best friend forever!”  Sorak Natalie. Mereka beriga ketawa. Seperti itulah setiap kali dilakukan mesyuarat atau perbincangan. Akan dipenuhi keseronokan dan keriangan. Penjahat sekalipun, mereka tetap setia. Kerana meraka bersahabat sejak kecil lagi. Itulahh kumpulan                                    E.R.N.......                          
             ___________________________________________________________

                               

Dirumah Aliya...

            “Huarh, huarh.” Entah  kali keberapa dia mengup. Bosan. Apa yang harus dilakukannya? Nak siapkan kerja rumah, dah siap lama dah. Nak ulangkaji, hmm. Malaslah. Kalau nak tengok album lamanya... tiada masalah tapi...nanti kena kemas semula. Dahlah semua pembantu rumahnya ambil cuti. Hai...cuti sama-sama. Mereka sepakat ke apa ni? Facebook? Yalah. Kenapa tak buka facebook ya tadi? Tiadalah dia duduk keseorangan di atas beranda. Dah lah seorang diri. Ibu Bapanya sibuk bekerja. Kakaknya pula...melanjutkan pelajaran ke universiti. Nak panggil adik saudaranya...serba salah pula. Nanti menangis adik saudara kerana dipaksa balik ke rumah semata-mata mahu meneman kakaknya yang kebosanan.  Lebih baik pergi taman. Tetapi, adik saudara Aliya memang berada di taman permainan pun. Aliya membuka komputer ribanya. Hmm. Bosannnnn. Nak buat apa ya? Aliya melihat disekeliling biliknya. Huh, macam bukan bilik orang perempuan pun ada. Namun Aliya bernasib baik kerana dua orang  pembantu rumahnya yang tidak bercuti. I love you! Setia betullah dua orang pembantu rumahnya itu.
                              Ya tak ya juga. Sejak Cikgu Nini memberinya fail itu, langsung tidak dibukanya. Adalah juga akivitivitinya. Perlahan-lahan dia buka. Eh? Kenapa ada gambar Lilia pula. Cikgu Nini kata itu fail pertukaran sekolahnya. Dia menyelak satu persatu. Biodata tentang Lilia. Tetapi kenapa ya Cikgu Nini meberinya fail itu? Persoalan itu abaikan. Aliya meneliti isi kandungannya. Tak tebal sangat. Tidak mengapalah. Nanti baca.
                           Telefon pintar Ayla berbunyi menandakan mesej masuk
                            Mesej itu dari Anita. Ayla mengerutkan dahi. Apahal pula tiba-tiba Anita ni? Dia kan musuh tradisi aku. Buang tabiat ke apa? Mesej itu berbunyi:
    “Weh, Cikgu Nini bagi fail apa kat kau? Hantar mesej juga ya. Aku tak ada kredit. Tinggal RM 10.05. Kira banyak lah tu. Mesej panjang-panjang. Faham.”
‘Kedekut punya manusia. Tak boleh harap langsung. Tak ada nama ke, sekurang-kurangnya panggillah aku Aliya.’
Ayla membalas mesej Anita.
 “ Kau ni punya la kedekut . Memang Cikgu Nini bagi fail pun kat aku. Yang kau sibuk kenapa?” balas Aliya pendek. Malas hendak taip panjang-panjang.
Telefon Ayla berbunyi lagi.
“ Kau ni, suka hati je nak mengutuk aku. Aku saja nak tanya. Cikgu Nini bagi fail apa kat kau?” balas Anita.
Aliya malas hendak balas. Kalau di layan makin menjadi-jadi.
Tiba-tiba , telefon bimbit Aliya berbunyi.
‘Ho ho ho horlicks.. yeayyyyy!
Vitamin B6 yg penuh dengan bayam yeay...’

  “Aik? Sejak bila pula aku tukar nada dering ni? Hmm. Ni mesti kerja                 adik aku. Sabar sajalah.” Aliya hanya menggelengkan kepala.   Telefon diangkat. Sebaik sahaja telefon diangkat...

“ Weh, Cikgu Nini bagi fail apa kat kau?  Aku tanya ni jawab cepat. Habis kredit aku.” Soal Anita
Ayla: Gila la juga kau ni. Aku angkat telefon aku yang dapat penyakit. Kau ingat aku ni kalis bebel ke apa?! Kalau aku pekak bukannya kau nak ganti deria pendengaran aku pun.
Anita: Cikgu bagi fail apa kat kau?
Aliya: Borang makan percuma selama sebulan di kantin. Eh, tak silap, borang disiplin sekolah. Eh, salah salah! Borang tukar sekolah. Hahaha.
Anita: Banyaknya. Aku nak satu sajalah mangkuk.
Aliya: hahaha. Saja lah aku nak habiskan kredit kau.
           ‘Perlukah aku rahsiakan?’ Ayla bermonolog.
Anita: Jahat nya kau ni.
Aliya: Cikgu Nini bagi fail tukar sekolah.
Anita: Hah! Kau nak tukar sekolah lagi?
Aliya: Tak. Sekolah lama.
Anita: Tak kisah lah apa tapi tentang sekolah lama kau?
Ayla: Ya.
Anita: Laaa. Yakah? Benda tu saja. Kalau aku tahu aku tak nak telefon kau tahu tak? Eh? Aliya. Tak guna. Dia dah tutup telefon rupanya.
Aliya tersenyum. Dia pantas mendail nombor Aneesa.
Aneesa: Assalamualaikum. Kau nak apa Aliya? Aku nak tidur pun tak boleh.
Aliya: Waalaikumussalam.  Kau ni dah petang-petang pun tidur lagi. Tak elok lah tidur petang-petang.
Aneesa: Iyalah. Kau ni tak membebel satu hari tak boleh ke? Kenapa kau telefon aku?
Aliya: Kau nak tahu tak, tadi Anita call aku. Ish sakit telinga aku. Dia tanya fasal fail tu.
Aneesa: dia memang macam tu. Kau tak payah layan sangat dia.
Aliya: Iyalah.
 Aneesa: Aku pergi rumah kau sekarang. Kita baca sama-sama. Aku bawa Ika sekali.
Aliya: Okay. Datanglah.
Aneesa: Bye.
Aliya: Eh. Tunggu dulu. Nama penuh Cikgu Nini apa?
Aneesa:Nini Rosella Kenapa?
Aliya: Tak adalah. Saja nak tanya. Sebab kat name tag Cikgu Nini ada tulis Nini saja. Sebab itulah aku tanya. Okey, bye my love. Assalamualaikum.
Aneesa: Bye darling. Waalaikumussalam.
                 Tup. Talian dimatikan.
                   “Tengok. Kan dah nak habis kredit aku.” Aliya hanya menggelengkan kepala. Mata Aliya tertumpu pada fail. Helaian demi helaian diselak. Ayla mengerutkan dahi.
E.R.N
                "Ni kan fail pelajar aku. Kenapa lain macam je ni." ucap Aliya perlahan. Belum sempat Aliya membuka helaian berikutnya, dia mendengar jeritan yang datang dari bilik Mamanya.
“Aku sudah kata kenapa kau buat juga?” tengking seseorang membuatkan Aliya kaget. Perlahan lahan dia menekup telinga. Bunyi itu datang dari bilik Mamanya. Aliya menolak pintu kamarnya kerana ingin mendengar dengan jelas setiap butir perkataan yang meluncur dari bibir Puan Melisa.
“Mama…” Panggil Aliya.
“Auch!” Jerit Aliya. Puan Melissa tersentak. Darah merah mangalir dari kakinya akibat tusukan kaca bingkai gambar yang di baling mamanya. Aliya rebah kerana tidak mampu berdiri lama.
“Liya!”


 

“Kak, pesakit yang bernama Aliya binti Zulkifli ada di wad berapa?” soal Aneesa.
“Sebentar ya.” Ujar jururawat tersebut.
“Aku harap Aliya tidak apa-apa.” Ujar Zalikha, runsing.
“Sama-samalah kita berdoa.” Ujar Aneesa dengan tenang. Namun, tiada sesiapa tahu gelodak jiwanya. Dia terlalu risau akan Aliya.
“Aliya binti Zulkifli berada di wad 288 di tingkat tiga. Pelawat hanya boleh dibenarkan masuk tidak boleh melebihi dua orang. Tunggu giliran ya.” Ujar jururawat dengan panjang lebar. Aneesa dan Zalikha mengangguk serentak.
                 "Assalamualaikum. Aliya, kau okey?" soal Zalikha. Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan di sebelah katil pesakit.
                 "Aku tak apa-apa lah. Luka sikit je." ujar Aliya setelah menjawab salam.
                "Kalau luka sedikit takkan lah masuk hospital. Tengok kepala kau tu, sampai berbalut." bebel Aneesa panjang.
                "Aku jatuh tangga lah."
                "Macam mana boleh jatuh? Tu lah kau, cuai sangat." Aneesa sejak tadi asyik membebel je, bisik hati Aliya.
                "Iyalah. Tak tahulah tangga tu licin." jawab Aliya. "Kau ni Aneesa, asyik membebel dari tadi pasal apa?" sambung Aliya lagi.
                "Kau tak tahu ke Liya, Nisa ni memang sejak azali lagi suka membebel. Macam lah kau tak kenal." Ujar Zalikha sambil matanya melirik ke arah Aneesa yang buat muka endah tak endah.
                "So, bila kau nak keluar ni. Bosan lah. Dah dua hari tak datang sekolah." kata Aneesa dengan selamba tanpa menghiraukan kata-kata Zalikha sebentar tadi.
                "Esok baru boleh keluar. Kau ingat aku suka duduk kat 'rumah sewa' ni?" rungut Aliya.
                "Sebab tu lah kitorang datang melawat kau."
             
             

0 Comel ♥: