BAHAGIAN II : Dendam

                                          




           Pagi itu, Aliya tidak bersemangat untuk ke sekolah. Dia masih bermalas-malasan di katil. Walaupun di sekolah dia mempunyai ramai kawan-kawan yang baik hati dan boleh menerima kehadirannya. Semuanya gara-gara Lilia. Kuat betul penangan Lilia sehingga ke sekolah pun tiada semangat. Aliya mengerling sekilas jam pada dinding biliknya. Sudah pukul enam setengah! Dengan pantas Aliya bangun dan terus menuju ke bilik air. Selepas itu, dia menunaikan solat subuh yang menjadi kewajipannya sebagai seorang muslim.
“Yaya, kenapa ni?” Tanya Puan Melisa kehairanan. Dari tadi dia bertanya, hanya sepatah anak bongsunya menjawab. Biasanya, bukan main riuh lagi suara Aliya berceloteh.
“ Tak ada apa-apa.” Jawab Aliya.
“Sudah, cepat makan. Nanti mama lambat ke pejabat pula.”
“Mama, siapa sebenarnya Doktor Aly?” soalan Aliya membuatkan jantung Puan Melisa berdetak.
“Kenapa Yaya tanya begitu?”
“Yaya Cuma hendak tahu sahaja. Mama, sebenarnya Yaya pernah nampak kelibatnya semasa kes pembunuhan Abah dulu. Mungkin........”
“Ah. Sudahlah. Cepat makan.” Pintas Puan Melisa sebelum Aliya menghabiskan bicaranya.
“Baiklah. Kakak mana?” soal Aliya apabila kelibat kakaknya, Elmiyya tidak kelihatan.
“Kakak sudah keluar.” Jawab Puan Melisa pendek.




    Setibanya Aliya di sekolah...
                   “Berita sensasi Aliya!!” Tiba-tiba Zalikha berada di sebelahnya menjerit dengan kuat.
                   “Ish. Kau ni kan. Asyik menjerit je. Tak ada kerja lain selain daripada menjerit. Satu lagi. Boleh tak jangan jalan senyap-senyap.Hampir berhenti jantung aku.” Marah Aliya
 “Apa kau membebel pagi-pagi buta ni. Aliya, kau tahu tak.....”
“Aku tak tahu.” Ujar Aliya  belum sempat Zalikha menceritakan berita sensasi yang di bawanya.
“Kau ni, aku tidak habis cakap kau sudah menyampuk.” Ujar Zalikha tidak puas hati.
“Iyalah. Cepat sambung cerita sensasi kau.”
“Sebenarnya, Lilia memang nak bunuh diri. Nasib baik kau ada. Kau memang super girl lah. Heroin malaya. Macam mana kau tahu? Lagipun Lilia ada ditempat yang tersorok. Dekat rimbunan pokok bunga ros. Bunga ros tu kan banyak duri.Macam mana kau boleh lepaskan diri? Macam mana boleh tak ada luka?” Soalan bertalu-talu daripada Zalikha membuatkan Aliya bingung. Derap tapak kaki seseorang kedengaran. Aliya pasti itu Aneesa.
 “Nisa, betul kah Lilia nak bunuh diri?” Tanya Aliya sebaik sahaja melihat kelibat Aneesa.
           “Macam mana kau tahu?”Baru sahaja berita itu mahu dikhabarkan  kepada Aliya. Tetapi Aliya sudah tahu.
 “Ehem.Tak Nampak aku ada?”Tanya Zalikha.
“Ika bagi tahu rupanya.” Kata Aneesa
“ Dahlah tu. Jom turun bawah. Nanti ada orang tulis nama kita sebab lambat turun bawah.” Kata Aneesa sambil melirikkan matanya ke arah Zalikha.
 “Okey,sebab kamu berdua lambat turun ,aku tulis nama. Denda untuk hari ini ialah... membersihkan dan mengemas stor sukan.”Kata Zalikha sambil mencatat sesuatu di buku nota nya.
      “Kau biar betul. Baru pukul tujuh tujuh belas minit pagi.Teruk lah kalau macam ni. Baru masuk sekolah, tapi kesalahan dah buat. Kalau macam ni,cepat kena buang sekolah la kita.” keluh Aliya.
    “Tipu lah kau, Nisa. Masuk pukul tujuh tiga puluh. Sekarang ni baru tujuh lapan belas minit pagi!!”Dengan lantang  Aneesa bersuara. Kuat betul.
        “Hehehe. Janganlah marah. Saja nak menceriakan suasana.”Kejam betul Zalikha ni.
“Kepala otak kau nak menceriakan suasana. Membimbangkan suasana adalah.Teruk betullah kau ni. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas.” Nasib baik ada Zalikha.
           “Dahlah tu. Kau nikan Aliya,mulalah tu nak guna ayat power.”Aura-aura untuk menjadi serigala jadian telah pun kelihatan. Lebih baik bertolak ansur daripada mengeruhkan lagi keadaan.
            “Okeylah.Jom pergi tapak perhimpunan.Nanti kena saman dengan anak...anak...”Aliya tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia ketawa.
“Anak apa?” Zalikha menjengkilkan mata.
           “Anak bunian!!”Kata Aliya dan Aneesa serentak sambil berlari menuju ketapak perhimpunan.
           “Tak guna punya kawan. “Jerit Zalikha tanda tidak puas hati.Tanpa mereka bertiga sedari,ada sepasang mata yang memandang.
 “Maaf Aliya. Aku tak bermaksud nak berkasar dengan kau semalam. Terima kasih sebab selamatkan aku. Cuma aku rasa macam ada sesuatu yang menarik aku untuk terjun.Aku nampak....” bisik Lilia tanpa menghabiskan kata-katanya. Dia berlalu pergi meninggalkan Aliya keseorangan yang masih terpinga-pinga.



        “Bestnya sekolah ni. Tidak payah nak dengar ceramah panjang-panjang daripada cikgu yang bertugas.Kalau macam ini setiap hari kan seronok!!!”Kata Ayla dengan gembira.
“Di sekolah lama kau, kena dengar ceramah panjang-panjang ke?” tanya Zalikha kehairanan.
“Tak juga. Aku dengar biasanya kena dengar cikgu membebel dulu baru boleh masuk ke kelas.” Kata Aliya sambil tersenyum kambing.
            “Yeaaa..Hari ni tak perlu belajar. Semua cikgu perlu hadir untuk mesyuarat tergempar!!”Sorak Aneesa dengan gembira. Aliya dan Zalikha berpandangan sesama sendiri.
           “Ehem.Ehem.”Anita berdehem.Ops.Lupa pula ada pengawas. Nampaknya rancangan mereka bertiga tidak akan berjalan dengan lancar sekirannya  Anita ada.
           “Ika, kita orang nak pergi toilet. Lepas pergi tandas, nak pergi bilik guru. Cikgu Nini minta tolong. Jomlah ikut.” kata Aliya. Sebenarnya Zalikha tidak perlu terlibat dengan rancangan gila-gila Aliya dan Aneesa. Tetapi Aliya mendesak supaya Zalikha turut serta dalam rancangan mereka. Sekiranya Anita ada,sudah tentu khidmat Zalikha tidak diperlukan.
            “Okey. Aku ikut.” Zalikha memberi kata putus.Tanpa berlengah lagi,mereka bertiga segera keluar.
            “Aliya,kita pergi mana? Bilik Kaunseling? Bukannya senang nak cari Cikgu Nini. Lainlah kalau kita ni detektif. Boleh la guna alat pengesan. Tekan-tekan, dah jumpa. Ini tak. Guna ajelah alat pengesan. Bukannya mahal pun. Tapi kalau nak murah jangan ambil yang macam detektif. Yang detektif punya memanglah mahal.  Ingat sekolah ni kecil? Jalan-jalan terus jumpa.”Leteran daripada Aneesa langsung tidak dihiraukan. Alat pengesan  dikeluarkan dari beg sandangnya.
              “Laaa. Ingat alat pengesan tak ada. Nasib baik ada.kalau tak,mesti sampai esok tak jumpa. Kau ni bagus la Aliya. Pandai kau ya.” Tadi marah-marah. Sekarang ni memuji-muji Aliya pula.
               “ Terima kasih Nisa sayang yang baik hati,sila puji lagi.”kata Aliya sambil tersenyum.
                “Ingat ikhlas aku puji kau baik hati. Nak suruh orang puji dia lebih-lebih rupanya.Tak guna betul.”Aneesa kembali berleter. Sabar sajalah dengan perangai Lucy.Sedar tidak sedar,mereka berdua berada di Taman Sains.
                   “Shhhhhhh.Senyap Nisa.”Zalikha mengarahkan Aneesa senyap. Sejurus kemudian, Aliya menarik tangan Aneesa dan Zalikha. Mereka  bersembunyi disebalik rimbunan  pokok bunga ros.
                “Kenapa Aliya?” Zalikha dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Kalau pengintipan mereka berjalan lancar,tiada gangguan,sudah semestinya Aliya tidak akan tidak akan menarik tangannya semata-mata untuk bersembunyi.
                  “Tengok tu”Kata Aliya.
             “Hah! Kenapa pula Anita ada kat sini? Bukankah dia ada dalam kelas? Pelik binti ajaib bin hairan ni. Aliya, makin rumit la. Boleh tak kita berdua letak notis kerja 24 jam? Pelik la kes ni. Macam tak bagi kita selesaikan je. Dah lah tu. Jom balik kelas Aliya. Bukannya dapat apa pun kalau kita siasat Lilia. Cuba kau bagi tahu apa yang kita dapat kalau menyiasat Lilia?” Ha. Dah mula dah tu Aneesa. Menggelabah betul dia ni.
                “Okey,kita akan dapat kebenaran. Puas hati?” Aneesa terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Ayla. Walaupun tidak mendapat ganjaran, kebenaran yang  akan membuatkan seseorang puas hati biarpun tidak mendapat emas yang menggunung tinggi, seseorang pasti puas hati kerana mengetahui kebenaranya kerana kebenaran lebih bermakna daripada harta.
                  “Okeylah. Kita siasat misteri Lilia okey. Sebenarnya aku pun nak tahu juga misteri Lilia.” Kata Zalikha.
                   “Shhhh.Senyap.tengok tu.”Aliya mengarahkan supaya Aneesa dan Zalikha senyap.
                    “Anita tengah buat apa tu?” mereka bertiga dapat melihat Anita sedang memasukkan sesuatu kedalam beg plastik yang dibawa.
                    “Ehem ehem.”Tiba-tiba Aliya terdengar seseorang di belakangnya berdehem. Fikirnya Aneesa dan Zalikha yang buat bising tadi.
                    “Shhhh.Senyap la Nisa, Ika. Dah berapa kali aku suruh korang senyap.” Rungut Aliya.
                    “Aliya,aku rasa ada orang keempat lah.”Kata Zalikha.
                    “Hah?!” Aliya berpaling ke belakang.Betul kata Zalikha. Patut lah ada bunyi. Rupa-rupanya ada orang selain mereka bertiga. Orang itu ialah........ Cikgu Nini!!
                    “Eh,selamat pagi cikgu.Cikgu sihat? Dah lama cikgu sampai?” Mulalah Aliya. Apabila kalut, semestinya ayat Aliya tunggang-terbalik.
                    “Pagi? Rasanya dah malam.”Sindir Cikgu Nini.
                    “Err.Kami datang ni nak jumpa cikgu.  Hendak berbincang sikit.” Terang Aneesa. Cikgu Nini menjongketkan keningnya.
                    “Oh,yakah? Atau ini adalah cara untak melepaskan diri?” Nampak sangat bercakap dengan Cikgu Nini bukan sesuatu yang mudah. Nampak sahaja senang.Tapi,bila bercakap perlu ada pengalaman. Mahu  bercakap pun kena ada pengalaman kah?
                    “Oooh.Cikgu serkap jarang dengan kami kan? Tak nak kawan.” Bercakap dengan Aneesa juga perlukan kesabaran. Sekolah ini memang macam ini kah? Serkap jarang sikit dah tak nak kawan. Nak cakap dengan cikgu pun macam kena soal siasat dengan polis. Tak boleh jadi ni!!
                   “Okey.Marilah ikut saya.”Akhirnya Cikgu Nini memberi kata putus. Aliya, Aneesa dan Zalikha berjalan beriringan menuju ke pejabat Cikgu Nini. Sebaik sahaja melangkah masuk kedalam, Aliya berasa pelik. Tidak mungkin seorang guru biasa boleh mendapat pejabat yang besar. Hanya ada tiga meja sahaja di dalam bilik itu. Siap ada penghawa dingin pula tu.
                   “Aliya,kenapa?”Tanya Zalikha.
                  “Ika,tak mungkin guru berpangkat biasa macam Cikgu Nini boleh ada pejabat? Mustahil sangat!”Kata Aliya separuh berbisik.
                 “Apa bendanya kau ni? Cikgu Nini guru kaunseling lah!!” Zalikha meninggikan sedikit suaranya.
                 “Hah. Kenapa? Jangan bergaduh di sini. Nanti panggil pengetua baru tahu.”Ugut Cikgu Nini.
                  “Okey maafkan kami cikgu.” Kata Zalikha dan Aliya serentak. Sebaik sahaja mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa, Aliya terus sahaja membuka mulut.
                  “Cikgu,saya dengar...” Belum sempat Aliya menghabiskankan kata-katanya Cikgu Nini sudah memotong.
                   “Tentang Lilia?”Tanya Cikgu Nini.
                   “Ya. Tentang Lilia.” Sahut Aneesa yang sejak tadi tidak membuka mulut.
                   “Oh. Kamu bertiga pun tahu ya. Nampaknya khabar angin ini tersebar dengan cepat.”Serentak dengan itu, Cikgu Nini menganggukkan kepala.
                    “Memang berita ini sudah heboh. Macam angin lalu je. Boleh jadi tajuk muka depan majalah sekolah kita cikgu.” Terang Aliya.
                    “Ya. Cikgu tahu. Setiap kelas di sekolah ini ada wartawan tak bergaji.” Kata Cikgu Nini.
                    “Hmm.Cikgu. Aliya memanglah tahu sebab dia yang selamatkan Lilia.” Jelas Zalikha. Cikgu Nini memandang tepat muka Ayla. Siapa sangka, pelajar baru menyelamatkan seorang pelajar lama.
                    “Hehehe. Tapi cikgu, cerita ini memang hebohlah. Kan ramai yang berkumpul ditepi sungai tu. Mestilah cerita ni tersebar cikgu.” Aliya menyuarakan pendapatnya. Yalah, dah ramai orang yang tengok. Tidak mungkin tidak tersebar. Ya tak?
                    “Ya tak ya juga.” Cikgu Nini berfikir.
         

  Loceng berbunyi.
      “Habis kita. Dah bunyi loceng dah.  Mesti cikgu ganti tanya kita pergi mana. Kalau kita kata pergi jumpa Cikgu Nini, mestii cikgu tu tanya kenapa. Lepas cikgu yang ganti tanya, mesti Anita sibuk tanya pula. Mati kita  la kita! Kami pergi dulu cikgu!” Kata Aliya sambil menarik tangan Aneesa dan Zalikha keluar dari pejabat Cikgu Nini.
                    “Tunggu Aliya!” Panggil Cikgu Nini.
                    “Ya cikgu?” Aliya memberhentikan langkahnya.
                    “Lepas ini cikgu yang ganti...”
                    “Laa.Yakah?” Aneesa hanya menggelangkan kepala.
                    “Ya. Tapi kamu bertiga kata pada mereka mahu pergi tandas kan? Jadi, cikgu ingat nak bagi fail ini pada kamu berdua. Tapi mungkin mereka akan syak sesuatu. Jadi, kata pada mereka yang kamu berdua singgah di bilik saya untuk mengambil fail pertukaran sekolah Aliya.” Kata Cikgu Nini sambil tersenyum. Agaknya terhibur dengan telatah Aliya yang kalut.
      “Baiklah cikgu. Tapi, sebelum itu saya nak tanya. Ini fail apa? Fail salah laku muridkah?” Tanya Aliya.Tapi, sekiranya itu memang borang salah laku murid, semestinya nama Anita memenuhi setiap ruang borang tersebut.
                    “Tak. Dalam fail itu tentang fail pertukaran sekolah Aliya.” Kata Cikgu Nini tanpa rasa jemu. Sudah kali kedua dia mengatakan bahawa fail itu milik Aliya.
                    “Oh. Yakah. Terima kasih cikgu. Kami pergi dulu.” Kata Zalikha. Mereka berdua keluar dari pejabat Cikgu Nini.
                    Cikgu Nini melihat Aliya berlalu sehinggalah kelibat Aliya tidak kelihatan. Dia terfikir “Kalaulah Aliya memang ditakdirkan untuk merungkaikan kes ini maknanya...”
                     "Hmm, tak mungkinlah."

0 Comel ♥: