BAHAGIAN I : Dendam

     
                                       


       Pagi itu sungguh dingin walaupun matahari sudah menerjah di ufuk timur. Burung-burung sudah keluar dari sarang, menari-nari di ruang angkasa sambil berbicara dengan bahasa yang sukar demengertikan. Embun pagi sudah menitiskan titik segar dari hujung daun lalu menyapa lembut permaidani bumi.
“Wah!” Hanya itu yang keluar daripada mulut Aliya. Aneesa hanya tersenyum.
        “Aliya memang tak pernah tengok taman hutan ke?” Soal Zalikha.
         “Pernah. Tapi dah lama sangat tak tengok taman hutan.”Aliya menjawab dengan jujur.
         “Di sana tak ada hutan ke?” Soal Zalikha . Hish. Zalikha ni seperti wartawan pula.Pada pendapat Aliya, Zalikha layak menjawat jawatan wartawan sekolah. Bukannya  Anita. Anita hanya tahu mengarah itu dan ini. Mungkin itu hobinya. Ancaman kepadanya juga diberikan. Kerana dia pelajar baru disini, Anita tidak ada hak untuk mengancamnya. Mujurlah Zalikha dan Aneesa memujuknya. Jika tidak, sudah tentu Anita dikejarkan ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat dibelasahnya.
          “Di sana mana ada hutan. Semuanya ditebang untuk buat pembangunan.”Jelas Aneesa.
“Nyamannya udara di sini. Macam nak tinggal terus kat dalam hutan ini.” Sambung Aliya sambil tersenyum.
“ Duduklah dalam hutan ni seorang diri.” Kata Zalikha berseloroh.
“Aliya bukan duduk seorang diri di sini, tapi duduk dengan monyet.” Aneesa mencelah. Sudah lama dia tidak bergaduh dengan Aliya. Rindu pula rasanya.
          “Nisa, kau ni macam nak cari gaduh dengan aku je.” Kata Aliya sambil membuntangkan matanya ke arah Aneesa.
Aneesa sudah lama kenal Aliya. Sejak kecil lagi. Kemudian mereka terpisah kerana Aliya terpaksa mengikut ibu bapanya ke England. Sudah lima tahun dia tidak berjumpa Aliya. Sehinggalah ke hari ini, Aliya kembali ke Malaysia dan menetap di Kedah.
          “Mana Ika?” Baru Aliya perasan bahawa Zalikha tidak ada bersama mereka. Masa dalam hutan ni jugalah nak hilang. Masa lain tak nak hilang pula.
           “Ika memang macam tu. Masa mula-mula aku kenal dia pun macam tu. Jangan-jangan Ika anak bunian.” Aneesa membuat andaian sendiri. Mungkin Zalikha anak bunian. Minta-mintalah ketua bunian tak saman dia dan Aliya atas tuduhan menculik dan seterusnya akan dibawa ke ‘Mahkamamah Bunian’ untuk menyelesaikan kes culik Zalikha. Aik,bunian ada mahkamah kah?
“Ish, kau ni aku tak percaya lah. Macam lah aku baru kenal kau hari ni. Kau ni memang suka fikir bukan-bukan. Otak kau ni penuh dengan imaginasi dan fantasi.” Terang  Aliya dengan panjang lebar.
          “Nah Jus Mangga yang kau pesan. Aliya tak pesan kan. Jadi air kau pun Jus Mangga sama dengan aku dan Nisa.” Kata Zalikha sambil menyuakan kotak jus mangga kepada mereka berdua.
          “Thanks.”ucap Aneesa sambil menyambut huluran Zalikha.
“ Ish Nisa ni. Mana ada Ika anak bunian. Elok je aku tengok macam manusia. Tak ada nampak macam anak bunian pun.”  ujar Aliya seolah-olah dia mempercayai kata-kata yang meluncur dari mulut Aneesa.
           “Apa?? Kau kata aku anak bunian! Jom sama-sama kita kejar dia!”sahut Zalikha. Memang alamatnya Aneesa bermalam di hospital hari ni.Tapi,Aneesa terlebih dahulu lari untuk menyelamatkan diri sendiri. Wah! Pantasnya Aneesa berlari. Agaknya  kalau pelari yang terpantas dan terhebat di dunia pasti akan meletak jawatan dan menangis selama tujuh hari tujuh malam akibat kecewa kerana ada yang mampu menandingi kehebatannya.
           Sedang mereka mengejar Aneesa, Aliya dan Zalikha ternampak kelibat Anita dan Herman. Aliya memberhentikan lariannya secara mengejut. Zalikha yang dibelakangnya hampir-hampir melaggarnya. Perlahan-lahan Aliya menghampiri Anita dan Herman. Zalikha cemas apabila Aliya mendekati Anita. Pasti akan ditengkingnya. Tetapi semuanya terlambat. Aliya sudah berada di hadapan Anita dan Herman. Mereka berdua menyedari kehadiran Aliya. Anita terlebih dahulun menyambut kedatangan Aliya. Senyuman yang paling manis diberikan kepada. Semanis kurma. Zalikha lega. Mujurlah Anita tidak menengkingnya di khalayak ramai.
            “Cantik muka kau hari ni. Kenapa senyum macam kambing je ni. Raja mana yang ambil kau jadi isteri? Erm , biar aku teka. Raja yang terkaya di dunia? Raja Terhensem didunia? Rajagopal?   Raja mana? Ceciter.” Sindir Aliya.
             “Kau ni macam nak cari gaduh je. Boleh tak kita buat slogan ‘a year without fighting’? Baru lah aman, tenteram dan cemerlang-gemilang negara kita,” marah Zalikha separuh beribisik. Walaupun berbisik, ia mampu membuatkan Aliya terkejut. Memang betul kata Aneesa. Zalikha mempunyai bakat yang terpendam. Jalan boleh senyap-senyap. Berbisik pun mampu  membuatkan orang terkejut. Memang Zalikha mempunyai pakej suara yang nyaring. Agaknya kalau dia menjerit, sampai ke Benua Eropah pun boleh dengar suara dia.
               “Apa yang kau cakap ni? Mana ada orang yang ambil saya jadi isteri. Duduklah.”pelawa Anita. Wah! Cakap bersaya-saya. Dekat belakang, fuh! Bukan setakat kau aku, perkataan yang terhebat pun diucapnya. Kalau terkena dengan orang lemah semangat memang akan akan menerima pakej menangis selama sebulan.
                “Apa yang kau mimpi semalam sampai bersaya-saya? Oops. Lupa. Patutlah bersaya-saya. Ada Herman rupanya.” Sindir Aliya lagi.
                “Kau ada bukti ke nak  tuduh Anita? ” Tanya Herman sedikit marah. Anita hanya tersenyum bangga. Nasib baik ada orang yang lindung dia.
                “Aku tahulah mahu jaga mulut aku.” Kata Aliya sinis  sambil berlalu pergi.
                “Kau ni. Anita nak berdamai dengan kau. Yang kau buat macam tu kat dia tu kenapa?” Kali ini Zalikha pula yang memeningkan kepala Aliya. Memang kalau macam ini setiap hari yang dilaluinya,alamatnya Aliya akan dihantar ke ‘Hospital Yang Terbahagia’.
                 “Okey,aku nak tanya kau satu soalan. Kau tahu tak apa motif dia?”Tanya Aliya.
                 “Nak wujudkan perdamaian dan ikut slogan aku  iaitu ‘a year without fighting’.”Jawab Zalikha.
                “Tidak. Sikit pun budak kerek tu tak nak ikut slogan kau. Lagipun dia bukan dengar apa yang kau bisik tadi. Dia Cuma nak jaga muka dia. Macamlah kau tak tahu tempat kesukaan dia.”Kata Aliya. Tiba-tiba kedengaran derap tapak kaki seseorang.
                 “Haaaaaa! Tadi korang berdua bersemangat waja kejar aku. Sekarang ni kejar kura-kura pun nampak macam tak larat.” Jerit Aneesa.  Hish!Tak sayang punya mulut. Suka hati kura-kura dia je nak cakap apa. Sabar sajalah.
                  “Memang kita orang tak boleh kejar kura-kura pun. Kami berdua boleh kejar kau je.” Lantang Zalikha menjawab. Namun sikit pun Aliya tidak kisah akan perang mulut antara Zalikha dan Aneesa. Aliya lebih tertarik untuk mendekati seseorang. Dia tidak pernah mendengar suara gadis itu. Memang pelik sedangkan, mereka sama kelas.
                “Kenapa kau asyik  tengok Lilia je?”Tanya Aneesa.
                “Nama dia Lilia?”Aliya bertanya.
                “Takkan aku panggil dia Zalikha. Aku sebut nama dia la. Yang kau Tanya macam orang bodoh tu kenapa?”Tanya Aneesa tanpa berselindung lagi.
                 “Wah.. Mulut tak ada insuran. Selamba badak kau je panggil aku orang bodoh. Aku hayun mangkuk 1000 tingkat nanti baru tahu.”Panas muka Aliya apabila dia dikatakan orang bodoh.

“Eh? Mana kau tahu aku tidak insurankan mulut aku?” soal Aneesa. Aliya hanya diam. Malas dia hendak berbahas dengan Aneesa yang memang gemar berperang mulut dengannya.                                  
                 “Mangkuk mana lah yang malang tu. Aku simpati dengan nasib mangkuk tu.”Sambung Aneesa lagi dengan selamba.
                 “Sudah. Bising la kau orang ni. Boleh tak ikut slogan aku. Memang korang ni suka buat bunyi.”Rungut Zalikha.
                “Sejak bila pula kau buat slogan? Bunyi slogan tu macam mana?”Tanya Aneesa kehairanan.
                “Nama slogan aku ‘a year without fighting’.”Kali ini Zalikha memperkenalkan slogannya kepada Aneesa.
               “Sejak bila pula kau buat slogan? Slogan kau macam lagu ‘a year without rain’ je” kata Aneesa.
                “Suka hati aku la nak letak nama apa pun. Slogan aku. Bukan slogan kau.”Jawab Zalikha. Lain yang diharapkannya lain yang dia dapat. Zalikha mengharapkan agar Aneesa memujinya.
                “Aku tanya sejak bila. Kau faham tak?”Aneesa mengulangi soalannya kepada Zalikha.
                “Sejak Anita berlakon baik dekat aku. Aku tahu motif dia. Manusia tu hendak pikat Herman.”Panjang lebar penerangan Aliya.Harap-haraplah Aneesa faham. Namun matanya tidak lepas melihat Lilia yang berada di tepi sungai. Hah! Cikgu Nini ada kata yang bahawa sungai itu dalam.Lilia nak bunuh diri? Biar betul!
                “Kau kenapa muka kau nampak pucat, Aliya ?”Hairan pula Aneesa. Mustahil Aliya takut dengar orang bergaduh. Padahal Aliya pun bergaduh juga. Malah,lebih teruk daripada semua orang. Agaknya kalau ada pertandingan siapa yang bergaduh paling  teruk semestinya juara tiga kali berturut-turut akan disandang Aliya.
                   “Lilia, jangan!!!!!” Secara spontan Aliya mengeluarkan vokalnya yang terkuat. Semua yang di situ tercenggang-cenggang. Yang paling terkejut ialah Lilia. Kenapa tidaknya. Lilia berada ditempat yang tersorok dan jauh daripada orang lain. Tiba-tiba sahaja ada yang  mengetahui rancangan murninya.
                    Gedebukk...
       Kedengaran seperti orang jatuh.Ramai yang berkerumun di tepi sungai.
                    “Aliya!!!”Aneesa dan Zalikha memanggil namanya.Tetapi,panggilan rakannya tidak dihiraukan.Sebaliknya dia terus mendapatkan Lilia.
                   “Awak okey?”Tanya Aliya. Kerana ini pertama kali Aliya menggunakan kata ganti nama tersebut,dia menjadi tergagap-gagap.Tiba-tiba Lilia merengus seolah-olah bertukar menjadi harimau jadian.Kalau Lilia baham orang lain tidak mengapa. Jangan baham dia dahlah. Aliya kan tolong Lilia. Sekejap.. Tolong? Entah-entah Lilia tidak mahu bunuh diri. Lilia hanya mahu melihat panorama yang serba indah.
                  “Huh, aku okey lah.” kata Lilia dengan kasar. Aliya sebenarnya bimbang sekiranya dia tersalah menolong orang. Kalau Lilia marah, hanya dua pilihan yaitu Lilia marah kerana tumpuannya melihat alam yang indah. Ataupun Lilia marah kerana percubaannya untuk bunuh diri gagal.Tapi persoalannya, kenapa Lilia mahu bunuh diri?
                “Ewah,ewah. Aku tolong kau, boleh pulak kau marah,tengking aku! Kalau aku tak halang kau mati katak dalam sungai tu. Buat sakit badan je tolak kau ketepi, buat sakit hati.” Sesiapa yang terdengar pasti akan menangis tanpa henti. Siapa yang kuat semangat pun pasti luntur kerana kata-kata pedas yang menyirami hati.
                  Tanpa menunggu tindak balas daripada Lilia, Aliya berlalu pergi.

0 Comel ♥: