Rain of the Bow ©Hak Cipta Terpelihara


                                                'After rain, the bow went out' -Annasya-
                                               


    BAB I  
     
     Penduduk Enclove riuh rendah dengan suara-suara penduduknya yang sibuk merias kota tersebut sempena hari perkahwinan Wayna, iaitu puteri dari negara Atlantis. Sebaik sahaja matahari terbit, masing-masing sibuk menghias mahligai yang serba indah. Negara jiran, Kota Atlantis bergading bahu merias  mahligai di puncak bukit.
          "Sudah siap."  ujar Eira. Akhirnya dia berjaya menyolek Wayna yang bakal melangsungkan perkahwinannya sebentar lagi. Wayna tersenyum melihat wajahnya yang sudah disolek.
"Thanks Eira sayang. Kau memang kawan baik aku.
"Ada apa-apa lagi?" soal Eira.
          "Tak. Semuanya sudah selesai. Terima kasih meminjamkan kota kau untuk majlis perkahwinan aku. Eira. terima kasih juga kepada rakyat kau." ucap Wyna.  "No. Not a big deal. By the way, bila Putera Hector hendak sampai?" soal Puteri Eira.    "Mereka kata........" belum sempat Wayna menghabiskan kata-katanya, bunyi alat muzik istana dimainkan menandakan Putera sudah tiba.
          " Nampaknya mereka sudah sampai" ujar Wayna dengan wajah yang  gembira.
"Oh no! Aku tak bersedia lagi. Eira, kau kan kawan baik aku, boleh tak kau iringi aku?" pinta Wayna sambil menunjukkan muka yang tidak bersalah.
"Kau jangan nak tunjuk muka kasihan kat aku. Kalau bukan aku nak iring kau, siapa lagi?" sergah Eira sambil menguntumkan senyuman yang paling manis.

***



  23 Jun 1889
       Purnama bersinar indah menyinari kegelapan malam yang kelam. Malam yang tenang, tapi malangnya penuh kesengsaraan bagi penghuni Istana Enclove.  Permaisuri Enclove mundar-mandir , bidan serta dayang-dayang istana juga cemas. Bayi perempuannya telah diculik tanpa disedari oleh penghuni istana.  Ini bermakna, kerajaannya hanya mempunyai  putera. Namun, dia takut untuk memberitahu suaminya akan hal ini. 'Aku mesti cari anak aku dan penculik kembar Henry.' tekad Permaisuri Enclove di dalam hati.

***

17 BELAS TAHUN KEMUDIAN..

         Dia berlari dengan sekuat hatinya. "Ayana!" Sandra melambaikan tangannya. Eyna berlari menuju ke taman yang terletak di pinggir hutan Enclove. disitulah tempat mereka berkumpul dan bermain hampir setiap hari sejak dari kecil lagi.
"Baguslah Ay dah sampai. Lihat ni." ujar Martha sambil menunjukkan relkers barunya. Ayana mencebikkan bibirnya. dia sudah lali dengan sikap Martha yang suka menunjuk-nunjuk.  Sikap Martha tidak disenangi mereka.
         "Erm, Relkers baru?" balas Ayana acuh tak acuh.
         "Sudah semestinya. Kali ini, Relkers saya dilengkapi dengan alat......" belum sempat Martha menghabiskan ayatnya, Ayana sudah jauh meninggalkannya menuju ke arah Sandra.
         "Jom kita sambung permainan kelmarin." ucap Sandra. Ayana, Sandra, Kiera, Henna, Carl dan Jack menunggalkan Martha yang terpinga-pinga bersama relkers barunya.   " Ini tidak adil." jerit Martha dengan nyaring melepaskan amarahnya.

***
         Pony ditunggang perlahan. Keriuhan di pasar tidak dipedulikan.  Setelah Pony ditambat, dia menyusup di celah orang ramai menuju ke belakang sebuah rumah kedai.
        "Ay!" suara yang cukup dikenalinya dari belakang membuatkan dia terkejut. ia menoleh ke belakang dan mendapati Sandara menghampirinya. Detektif fantasi mempamerkan barisan giginya yang tersusun rapi.
        "Bagaimana tugas kau?" soal Ayana.   "Semuanya berjalan dengan lancar. Wizard Oz sudah ditangkap." balas Sandra dengan gembira.
        "Agaknya lepas ni kes apa pula ya?" tanya Ayana sambil melabuhkan punggungnya di bangku kayu.
"Manalah aku tahu. Itu semua kerja Sherry dan Ran." balas Sandra.
        " Erm, bau apa ni? " soal Ayana.
        "Kau ni  buat tak tahu pulak. kau fikirlah sendiri." balas Sandra. dia meletakkan Kastard Ceri di atas meja.
        "Kau ni, asyik buat Kastard Ceri je. Dah muak aku makan tahu tak?" rungut Ayana. Tangannya mencapai Kastard Ceri yang baru masak itu.
        "Kata dah muak. Kenapa makan juga?" soal Sandra tidak puas hati.
"Sedap. Aku makanlah. Takkan nak tengok je. tak kenyang aku." Sandra mencebik mendengar jawapan Ayana.
         Kau tak nak cuba resepi lain ke?" soal Ayana.
         "Sebab itulah aku panggil kau. Ay. Aku nak belajar buat Butter Crosaint." ujar Sandra dengan penuh bersemangat.
          "Aku tak pernah dengar pun." berkerut dahi Ayana mendengar makanan yang disebut oleh Ayana. Setahunya, dia memang cukup arif mengenai jenis makanan.
"Memanglah kau tak pernah dengar sebab aku baru nak buat." jawab Sandra.
         "Resepi?" soal Ayana pendek. Sandra menghulurkan kertas yang tercatat resepi Butter Corrosant.




  • Butter daripada Buttercup Wood
  • Susu daipada Milky Way
  • Tepung daripada SandCraker
  • Awan daripada Cozy land

        Membulat mata Ayana membaca resepi Butter Crosaint.  "Biar betul !!" jerit Ayana.    
 "Ya. Ini sahaja." balas Sandra
"Banyak betul ramuan Butter Crosaint kau tu. Kalau tak jadi tak tahulah aku." ujar Ayana.
"Kalau berjaya, aku nak import Butter Crosaint aku." Sandra berangan.

***


Di Istana Enclove...

         "Henry!" laung Heyley dengan nyaring. Henry mengeluh.  'Apa lagi dia ni. Bosan lah aku.'detik hati Henry di dalam hati. Dia menoleh ke belakang dan mendapati Heyley sudah pun di belakangnya.
         "Ada apa?" soal Henry. Wajah gadis itu ditatap. 'Huh, perempuan ni kalau tak kacau satu hari, memang tak sah.
        "Awak rasa warna pink atau warna peach yang cantik?" soal Heyley, menunjukkan baju gaun labuh yang bewarna pink dan peach.
        "Erm, suka hati kau lah nak yang mana." Balas Henry. Tak kuasa nak layan. Dia sudah lali dengan sikap Heyley yang mengada-ngada.
        "Awak ni........" dia memuncungkan mulutnya.    "Heyley, saya sibuk" ujar Henry pendek sambil berlalu pergi meninggalkan Heyley keseorangan.   'Tak guna punya sepupu.' gertak hati Heyley.

***

        Pagi yang indah. Burung-burung sudah keluar dari sarang dan terbang di angkasa sambil berbicara bahasa yang sukar dimengertikan. Seperti biasa, kudanya ditunggang menuju ke pekan Enclove yang hiruk-pikuk itu. Henry memerhati keadaan rakyatnya. Apabila ayahndanya mangkat, sudah tentu dia akan mewarisi takhta ayahndanya menjadi raja di Kota Enclove. Dan, Heyley bakal menjadi permaisuri.
'Tak boleh jadi ni. Haru-biru nanti kota ini.'
        Serta-merta, memorinya mengimbas kembali kata-kata bonanya yang dia mempunyai seorang adik perempuan. Harapannya adiknya akan dijumpai. Namun, dia tahu ianya mustahil. Bau makanan menarik perhatiannya. Bakeri yang terletak di antara deretan rumah kedai menjadi tarikan.   'Hm, beli roti untuk Heyley mungkin dapat memujuknya.' fikir Henry. Kuda tunggangannya ditambat lalu melangkah masuk ke dalam bakeri tersebut. Pakaian biasa yang menutupi sebahagian wajahnya sentiasa dipakai apabila keluar dari istana.

        "Ramainya orang. Lebih baik tempah sajalah." keluh Henry.    'Tapi, kalau jemput tukang masak roti ke istana apa salahnya.' Bicara hati Henry.

Pada waktu yang sama...

       "Wahh, laku betul kau punya Butter Crosaint. Aku ingat tak laku." puji Ayana. Permandangan matahari yang hampir terbenam membuatkan Sandra di awang-awangan sehinggakan pujian yang diluahkan oleh Ayana tidak dipedulikan.
        "Sandra!" sergah Ayana. Sandra tersentak dari lamunan.   "Ya. Kenapa?" Kakinya dilunjurkan. Attic di atas Summer Cafe sungguh mendamaikan
     



0 Comel ♥: