Satu Misi, Satu Janji



Perth, Gardenia, Sabtu 17.6.2017, 8:57 p.m.

      “Berjaga di belakang.” Arah perisik 0001 atau nama samarannya Alice.
     “Terima.” Sahut satu suara melalui walkie talkie yang juga agen perisik S.W.R.. Beberapa orang turut berjaga di kawasan berdekatan. Alice memerhatikan anak buahnya dari jauh. Pelbagai cara mereka menyamar. Jam tangan dikerling. Tiga minit masih berbaki untuk menunggu kehadiran Dynamate, yang merupakan penjenayah siber. Beberapa orang yang terpilih ditugaskan untuk menangkap ketua mereka. Alice melangkah masuk ke dalam restoran hotel. Beberapa orang okestra meyusun alat- alat muzik. Kebanyakan daripada mereka juga S.W.R.. Tetapi mereka akan membantu jika ada kecemasan sahaja.
“0001, perisik 0023 kata Dynamate di pintu hadapan.” Kata satu suara merupakan perisik 0002 yang berjaga di bahagian hadapan.
“Terima. Kami akan berjaga di sini.” Balas Alice lalu menekan butang hijau. Butang tersebut akan menghantar isyarat kepada semua ahli S.W.R. menandakan Dynamate telahpun tiba.
“Cik, anda di panggil ke bilik VIP.”Kata pelayan restoran. Alice mengerutkan dahi. Perkara tersebut tiada dalam perancangan.
“Okey.” Balas Alice lalu ke bilik VIP.
“Perisik 0001...” Sapa satu suara sebaik sahaja Alice melangkah masuk kedalam bilik tersebut.
“Dyna?”
“Bagus. Tak perlu saya nak memperkenalkan diri saya.”
“Terima kasih kerana sudi berjumpa. Percayalah, awak telahpun ditangkap.”
“Tak semudah itu, perisik 0001...” Kata-  kata Dyna tergantung. Dia mengeluarkan sepucuk pistol.
“Dyna, nak suruh saya panggil nama penuh awakkah?” Kata Alice. Langsung tidak menghiraukan pistol di tangan ketua kumpulan Dynamate.
“Awak nak suruh saya dedahkan identiti awakkah?”
“Dyna, saya, mewakili S.W.R. meminta supaya awak menghentikan virus yang awak cipta tu.”
“Saya mewakili Dynamate meminta supaya jangan menipu.”
“Menipu apa?”
“Awak dari Malaysia, bukan New York. Bukan setakat itu sahaja, nama sebenar awak pun saya tahu, perisik 0001.” Alice tersentak.
“Kita pernah berjumpakah?” Tanya Alice. Menekan butang merah.
“Pernah. Selalu. Tanyalah agen lama S.W.R., siapa yang dianiayai. Awak masih baru, sayang.” Jawab Dyna.
“Tak perlu nak berdrama.” Celah satu suara. Perisik 0003 tersenyum.
“Awak tahukan, sejarah S.W.R., perisik 0003?”
‘Kenapa dia tahu, semua organisasi S.W.R.?’ Bicara hati Alice. Perisik 0003 menarik tangan
“Air travel ada di bumbung.” Kata perisik 0003
“Macam mana mereka tahu pertahanan kita?” Tanya Alice.
“Ada orang bocorkan rahsia pertahanan kita.” Balas perisik 0003.
“Mereka letak bom?” Tanya Alice lagi.
“Ya. Kerana mahu hancurkan S.W.R., mereka sanggup hancurkan tempat ni. Mereka sanggup buat apa- apa sahaja, Alice.” Jawab perisik 0003.
“Termasuklah hancurkan hotel ni?”
“Ya. Dan awak dalam bahaya, 0001. Awak adalah sasaran mereka. Lagipun mereka lihat wajah awak.” Alice terpempan.
“Jadi, apa yang perlu saya lakukan?” Tanya Alice. Otaknya tidak dapat bekerja seperti selalu.
“Awak perlu bercuti daripada melakukan apa- apa misi. Sekurang- kurangnya, sepuluh tahun.” Kata perisik 0003.
“Siapa yang akan lakukan kerja memberkas ahli Dynamate kalau bukan 0001? Organisasi tak lengkap tanpa perisik 0001.” Kata Alice.
“Saya kata, awak cuti. Bukan berhenti. Lagipun, kita baru 16 tahun, masih bersekolah lagi.”
Alice terdiam.
“Percaya saya, kita akan sentiasa berhubung. Bukankah hubungan kita ialah sahabat? Begitu juga 0002.” Kata perisik 0003 dengan tegas.
“Cepat! Cuma tinggal sepuluh saat sahaja.” Kata satu suara melalui walkie talkie. Suara tersebut ialah suara perisik 0002.
“0001, cepat!” Arah  perisik 0003 sebaik sahaja melihat kelibat ahli Dynamate.
Dum!
Bunyi tembakan dilepaskan. Alice jatuh tersungkur.
“Alice!!!”


***


8 tahun kemudian....
Raksaksa di hadapannya di tenung. Mustahil di kalahkan tetapi tidak baginya. Ini Wanisah, tidak mudah dikalahkan!
Beberapa das tembakan dilepaskan. Raksaksa serigala terus menyerang dan akhirnya...
Game Over.
“Tak guna!” Jerit Wanisah. Permainan kingdom hearts ditutup.
“Ha. Dah tutup kan? Pergi angkat kain. Nak hujan dah tu.” Arah satu suara. Kehadiran kakaknya langsung tidak dipedulikan. Malah, terus menyammbung permainan Final Fantasy.
“Lepas Kingdom Hearts, Final Fantasy, lepas Final Fantasy, apa pula?” Leter , kakaknya Izzah.
“Lepas Final Fantasy, Lunaria Story.” Balas Wanisah, acuh tidak acuh.
“Angkat kain! Tunggu kau sampai esok tak habis.” Rungut Izzahh.
“Suruhlah Kak Reen. Berat tulang betullah dia tu.” rungut Wanisah.
“Nenek kebayan, sedarlah. Kak Yati di pasar.” Balas Izzah sambil matanya tidak lepas memanang siri drama Filipina yang disiarkan di dalam televisyen.
“Huh, yalah.” Akhirnya Wanisah mengalah. Bakul dicapai lalu dibawa ke ampaian tempat kain dijemur.
“Menyusahkan aku betul Kak Reen ni. Saja nak ikut mama pergi pasar.” Rungut Wanisah. Hujan mula turun membasahi bumi.
“Eh, kakak baca apa tu?” Tanya Wanisah sebaik sahaja masuk kedalam rumah semi-D tersebut.
"Novel.” Balas Izzah. Wanisah tersenyum sebaik sahaja melihat tajuk buku yang ada di genggaman kakaknya.
“Huh, kata orang anime freak, tapi dia pun sama.” Ejek Wanisah.
“Mana ada. Saja nak baca. Bosanlah duduk rumah.” Kata Izzah. Keadaan kakinya yang berbalut menyukarkan pergerakannya.
“Siapa suruh tak berhati-hati? Kan dah tak boleh jalan.” Izzah mencebik lalu meneruskan bacaannya.
“Macam mana kakak boleh jatuh?” Tanya gadis yang berumur 21 tahun tersebut.
“Senyaplah, aku nak membaca pun tak senang.” Rungut Izzah.
“Kakak tak nak cari kerja? Dah tua nak melepak lagi di rumah.” Tanya Wanisah lagi. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah kakaknya.
“Tak nak. Lagipun, umur aku baru 24 tahun.” Balas Izzah. Malas hendak melayan.
“Aik? Bukankah kakak kerja dengan ayah ke?” Tanya Wanisah tanpa jemu.
“Dah tahu, tak payah tanya. Tapi aku kerja part time. Aku kan belajar.” Ujar Izzah acuh tak acuh..
“Suka hatilah nak bertanya. Malu bertanya sesat jalan.” Balas Wanisah dengan selamba.
“Bye. Kakak nak pergi....”
“Nak ikut! Nak ikut!” Potong Wanisah tanpa sempat kakaknya mengahabiskan kata-kata.
“Hish, dia ni, aku tak habis cakap lagi. Betul nak ikut?” Tanya Izzah inginkan kepastian.
“Pergi mana?” Tanya Wanisah ingin tahu.
“Pergi dapur.” Jawab Izzah.
“Tak nak lah. Pergilah sendiri. Boleh jalan kan?” Tanya Wanisah. Harapannya, Izzah boleh jalan seperti sedia kala. Tidak perlulah dia menolak kerusi roda ataupun memimpin kakaknya. Ada tugas yang perlu diselesaikannya.
“Bolehlah. Ingat aku ni lumpuh kah?” Bidas Izzah.
“Bagus! Kakak ni, sentiasa touch and go!” Balas Wanisah. Izzah hanya tersenyum melihat kerenah adiknya. Sejak akhir- akhir ini, Wanisah jarang dilihat. Kemana, dia tidak tahu.

***


                Statue Of Liberty pada masa yang sama...
Sudah banyak gambar yang dirakam dalam kamera digitalnya. Gambar barang berharga tersebut akan dimuat naik kedalam google. Jika ada pengunjung yang memuat turun gambar tersebut, secara automatik virus Dynamate akan tersebar melalui gambar tersebut...


***


Di Rumah Wanisah, 7:30 p.m....

“ Nisah! Mari makan!” Laung Puan Khaliah dari bawah. Wanisah mendengus. Kerja yang bertimbun
“Mama, tak payah nak panggil suruh makan. Tahulah dia bila masa makan.” Celah Izzah.
“Kamu berdua ni mesti bergaduh lagikan?” Tanya Encik Wafiq.
“Tak perlu tunggu mereka bergaduh.” Kata Puan Khalidah.
“Esok Izzah nak buat apa? Kan tak pergi kolej. Mesti bosan.” Tanya Puan Khalida.
“Entahlah. Buatlah apa yang patut.” Jawab Izzah. Minumannya diteguk.
“Belajar menjahit, nak tak?” Tanya Puan Khalidah. Mendengar sahaja jawapan tersebut, habis tersembur air yang diminum oleh Izzah.
“Hah? Mama cakap apa tadi?” Soal Izzah lagi inginkan kepastian. Dia harap otaknya tersalah mentafsir kata-kata mamanya sebenrat tadi. Kak Reen, pembantu rumah mereka menahan tawa.
“Kenapa? Teruk sangatkah idea mama tadi sampai tersembuar air yang kamu minum?” Puan Khalidah bercekak pinggang.
“Tak, cuma terkejut.” Kata Izzah.
“Terkejut apa?” Celah satu suara. Wanisah mengerutkan dahi.
“Padan muka. Siapa suruh lambat. Kan Dah tertinggal kereta api, kasihan..” Ejek Izzah.
“Dah, jangan bergaduh.” Puan Khalidah cuba meleraikan pergaduhan.


***
Kesokan harinya....
“Good Morning.”  Ucap Wanisah sebaik sahaja melangkah ke dapur.
“Waalaikumussalam.” Sindir Izzah.
"Mama, tengok kakak ni.." Adu Wanisah. matanya tidak lepas memandang ke arah Mamanya yang buat endah tak endah.
"Anak manja. Sikit- sikit nak mengadu."  Balas Izzah. Dia tergelak besar.
"Sarapan cepat. Nanti terlewat pula pergi sekolah. Izzah, nanti Hanis datang." Ujar Puan Khaliah sebelum peperangan dunia yang ketiga akan berlaku. Anak kepada pembantu rumahnya sentiasa bersedia untuk membantu.
"Mama, hari ni Sofia datang." Balas Izzah. Kacederaannya semasa kemalangan memaksanya supaya bercuti selama sebulan.
     "Assalamualaikum. Nisah pergi dulu." Kata Wanisah lalu mencium tangan ibunya. Mereka tidak lepas memandang ke arah Wanisah sehinggalah dia hilang ari pandangan.
     "Izzah bimbang jika dyna menyeari kewujudan Nisah." Luah Izzah melahirkan kegusaran di hatinya.
     " Mama sudah upah seseorang untuk mengawasinya." ujar Puan Khalidah.
     


***


      Deringan loceng menghentikan lamunan Wanisah.
"Nisah, jom makan." Ajak Fiqa. Dewan kuliah sudah mula kosong.
"Kau pergilah dulu. Aku tak ada seleralah nak makan." Balas Wanisah. Ternyata respon Wanisah mengecewakan Fiqa.
"Diet?" Celah satu suara. Mereka berdua berpaling. Zulfa tersengih.
"Mana ada." Sanggah Wanisah sambil memasukkan buku-buku ke dalam beg sandangnya.
        "Korang pergi lah dulu. Aku nak jumpa Prof." sambung Wanisah sambil matanya melirik ke arah dua orang sahabatnya.
"Okey, kami pergi dulu. Jangan nakal- nakal tau." Pesan Fiqa.
"Aku baiklah.. Bukan macam kau." Balas Wanisah.
"Perasan." Serentak Fiqa dan Zulfa berkata. Mereka bertiga ketawa.
Selepas mereka berdua pergi, Wanisah mengimbas kembali kejadian yang berlaku. Dia sedar, ada seseorang yang mengintipnya. Tetapi, siapa?


***


         "Aku berjaya jumpa perisik 0001." Katanya.
"Bagus, kau boleh pergi dari sini. Tugas kau dah selesai." Dia mencampakkan sampul surat yang berisi wang.
"RM 50 000 saja?" Tanya dia.
"Kau nak lagi? Ini!" Tembakan dilepaskan. Dia berpaling ke membelakangi mangsanya.
"Kau tahu tak, aku cuma pergunakan kau sahaja demi kepentingan aku. Tak sangka, kau yang bijak pun berjaya diperbodohkan oleh aku." Katanya. Dia memandang kot mangsanya. Sudah pasti gambar perisik 00001 berada ditangan mangsanya.  Sampul surat dibuka. Perkara yang disangkanya tiada di dalam sampul tersebut. Tetapi sekeping kertas dengan ayat pendek namun cukup menggetarkan jiwanya.

'Kau tak akan dapat cari dia, dan kau akn ditangkap tidak kira sama ada roh kau ada       ataupun telah pergi.'  ---- Perisik 0002


***

        Izzah membelek album lamanya bersama sahbatnya ketika bersekolah rendah. Teringat pula kepada Lyana. Sudah lama dia tiak mendengar khabar daripada Lyana.
"Mama, laptop Nisah rosak." Adu Wanisah. Izzah tersentak.
"Berapa kali laptop kau dah rosak?" Soal Izzah ingin tahu.
"Lima." Balas Wanisah pendek sambil berusaha menghidupkan laptopnya yang terpadam sendiri. Malas hendak bergaduh.
"Kenapa rosak lagi?" Tanyya Puan Khalidah.
"Mungkin virus." Puan Khalidah dan Izzah tersentak.
\

Alicia merebahkan badannya ke atas katil di biliknya. Pelbagai pertanyaan bermain di kotak fikirannya. Setiap kali dia ingin memuat turun gambar, sudah pasti komputer ribanya rosak kerana virus.
Adakah ini mungkin kerana....
        Serta merta kepalanya berasa sakit memiirkan kemungkinan yang bakal berlaku.


***

"George,aku nak kau cari maklumat tentang perisik 0001 dan jejaknya." Katanya wanira yang berusia awal 30an.
" Baik bos."
"Kalau nak senang, ceroboh akaun manusia tak guna tu." Pintanya lagi.
"Saya akan melaksanakan tugas tersebut dengan segera." Ucapnya, berjanji.
"Bagus, tetapi kalau kau tak berjaya, maut menanti kau..." Ujarnya lagi.
"Baik." Lalu George keluar daripada bilik tersebut.
"Apa cerita?" Tanya satu suara.
"Dah banyak mangsa yang di bunuh. Lepas ni, dia pula." Katanya lagi.
"Kau ni, solat istikharah. Jangan asyik membunuh saja. Dosa besar tahu tak?" Bebelnya. Dia menarik nafas panjang. Mujurlah yang berleter itu adalah rakan sepermainannya semasa kecil. Kadangkala, dia tefikir juga ingin ke pangkal jalan. Sahabatnya sudahpun menemui hidayah tetapi hidayah tidak lagi datang.  Dan, dia juga pernah terfikir, jika perisik 0001 itu ialah juga teman sepermainannya ketika kecil, sanggupkan dia membunuh sahabat demi menutup rahsianya?

***
"Lambatnya dia keluar." Rungut Izzah. Menyesal pula mengikut Puan Khalidah menjemput Wanisah dari kampus.
"Biasalah tu."
"Orang lain dah keluar. Kenapa dia tak keluar- keluar lagi?" Rungut Izzah.
"Tu Nisah. Tak nampak ke?" Tanya Puan Khalidah.
"Huh, jalan berlenggang- lenggang." Rungt Izzah. Tiba- tiba anak matanya ternampak seseorang yang memerhatikan adiknya. Mukanya berubah menjadi pucat. Adakah adiknya dalam bahaya?
         "Mama, itukah orang yang Mama upah untuk mengawasi Nisah?" Soal Izzah kepada Puan Khalidah sambil menundingkan jarinya ke arah lelaki yang berpakaian serba hitam sedari tadi asyik memerhatikan gerak-geri adiknya.
         "Tak mungkin." ujar Puan Khalidah perlahan.  Mungkin Wanisah dalam bahaya!


***

  "Bos, saya berjaya menjejaki perisik 0001." Kata George dengan rasa bangga.
"Bagus, kau dah ambil gambar dia?" Tanyanya.
"Semestinya." Katanya lalu menghulurkan sampul. Dia mengeluarkan gambar.
"Kau boleh keluar." Dia tersenyum lega. Perisik 0001 bukan teman sepermainannya. Jika tidak, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk membunuh perisik 0001. Pelbagai rancangan bermain di kotak fikirannya. dia terus menghidupka komputer riba yang telah banyak berjasa kepadanya.


     Pada waktu yang sama...

        "Kau main game apa?" Tanya Izzah. Dia mendekati adiknya.
"Entah, tak tahulah." Jawab Wanisah. Matanya hanya tertumpu pada skrin laptopnya.
"Suka hati kaulah." Izzah menyambung bacaannya. Selepas satu jam, Izzah berjaya menamatkan bacaannya walaupun iulang berkali- kali, buku tersebut tetap memapat tempat pertama dalam hatinya.
"Kakak, Nisah tiba- tiba pening kepala. Ambil panadol boleh tak?" Tanya Wanisah sambil memicit micit kepalanya. Dia segera menutuo suis laptopnya.
"Kau tak nampak kaki aku ni?" Balas Izzah.
"Huh, kaki kau ni, dah dua minggu tak sembuh- sembuh." Rungut Wanisah. Dia ke dapur untuk mengambil panaol dan segelas air suam.
"Dia main game apa? Main dua jam pun tak pernah aku tengok dia sakit kepala sebab game." Kata Izzah.
"Kakak, ambil ubat terus okey!" Kata Wanisah dengan perasaan gembira.
"Cepatnya sakit kepala kau hilang. Migrain ke apa tadi?" Tanya Izzah.
"Entah. Mula- mula rasa pada mata. Lepastu baru sakit kepala." Terang Wanisah tanpa menyedari perasaan yang kurang enak melingkari hati Izzah. Izzah tersentak. Virus?


***

Entah beberapa kali air kopi di teguk untuk menghilangkan rasa mengantuknya. Maklumat tentang Perisik 0001 tetap diteruskan walaupun ketuanya tidak memberi arahan.
"Hmmm, kecil- kecil lagi dah jadi perisik. 0001 pula tu." Kadangkala terbit rasa kagum kepaa perisik 0001 yang baru menjangkau umur 16 tahun. Caranya mencari ialah dengan menggunakn kod. Nama samaran bagi perisik 0001 ialah Alice. Jadi, ianya tidak menjadi masalah untuk mencari maklumat tentang perisik 0001.



  Buku- buku tebal di perpustakaan awam di belek satu persatu. Setelah satu jam mencari buku yang sesuai, baru dia menemui buku tersebut. Wajah kakaknya terbayang di ruangan mata. Lantaklah dia, nak kemana- mana jalan sendiri. Kata hatinya bergema.
"Hai." Tegur satu suara. Wanisah tersentak. Buku yang ingin di pinjamnya daripada perpustakaan di letak semula. Wanita muda di hadapannya dipandang.
"Awak Wanisah binti Wafiq?" Tanya wanita tersebut.
"Ya." Balas Wanisah pendek. Terkenal juga aku... detik hati Wanisah.
"Apa khabar, perisik 0001." Wanisah tersentak. Apa kes wanita tersebut memanggilnya dengan nama tersebut? Ada udang di sebalik mi kah? Tiba-tiba sahaja kepalanya berdenyut. Perisik 0001? Seperti pernah dengar sahaja. Otaknya ligat mencari jawapan, tetapi hampa.
"Perisik 0001? Awak ni terpengaruh dengan cerita spies ke?" Tanya Wanisah berlagak selamba
"Awak buat- buat tak tahu? Tidak mengapalah. Saya sudah tahu." Kata- kata wanita tersebut membuatkan otak Wanisah kelabu asap.
"Mungkin awak tersalah orang." Ujar Wanisah lalu meninggalkan wanita itu berseorangan. Wanita tersebut tersentak. Bagaimana kalau George tersalah beri maklumat?





BERSAMBUNG....

2 Comel ♥:

Queen said...

ha. bila nak sambung kak

Anonymous said...

tak paham