Untukmu


                                        

Mira anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Dia merupakan seorang anak penyapu sampah yang sudah tua dimamah usia. Ibunya kini sering sakit-sakit kerana terlalu kuat bekerja untuk memperbaiki taraf hidup mereka sekeluarga. Ayah mereka yg selama ini mencari nafkah buat mereka sekeluarga telah meninggal kerana terlibat dalam kemalangan.

   Kehidupan mereka bertambah daif. Hidup mereka ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Suatu hari Mira pulang dari sekolah dan terus menuju ke dapur lalu membuka tudung saji di atas meja. Alangkah marahnya Mira melihat tiada satu pun makanan di atas meja. Lalu ibunya menjadi sasaran kemarahannya.

   "Ibu, kenapa ibu tak masak lagi ? Kan sudah tahu Mira balik sekolah tengahari. Sudahlah bagi wang saku pun tak cukup untuk Mira beli nasi di sekolah. Ibu! Mira dah tak larat nak hidup macam ni! Ibu di rumah tahu tidur saja."

Begitulah kata-kata kepada ibunya yang kebetulan pada hari itu tertidur di atas sofa lusuh di ruang tamu. Mira tidak tahu bahawa ibunya mengalami demam panas kerana tidak cukup rehat dek kerana mencari nafkah buat  mereka sekeluarga. Mira hanya mementingkan dirinya sahaja. Ibunya diam mendengar leteran puteri kesayangannyanya itu. Tidak lahir satu pun rasa marah kepada Mira pada waktu itu. Padanya, memang salah dirinya kerana gagal untuk memasak juadah untuk anaknya yang baru pulang dari sekolah.

   Ibunya teringat pesan arwah suaminya supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik.
"Mira, lapar ya sayang ? sebentar ibu masakkan ya."
Lantas, ibu pun bangun untuk segera menyediakan juadah untuk anak kesayangannya. Mira menghentak kaki dan segera masuk ke dalam biliknya tanda protes ibu kerana ibunya gagal menyediakan makanan buatnya apabila dia balik dari sekolah. Ibunya diam melihat gelagat anaknya namun dia tahu Mira hanya ingin meluahkan perasaan marahnya kerana kesalahannya sendiri.

   Sedang ibu memasak, pulang anaknya yang sulung yg baru sahaja pulang dari kerja. Melihat ibunya yg masih belum lega demamnya memasak, lantas Along menyuruh ibunya berehat dan dia mengambil alih tugas ibunya memasak. Along tahu bahawa ibunya sudah penat untuk melakukan semua itu tambahan dengan demam yg dialaminya belum sembuh.

   Along seorang anak yg amat berhati mulia dan memahami kondisi ibunya yang sudah tua. Sedang asyik memasak, Mira datang dan bertanya mana ibu. Lantas along menjawab bahawa ibu sedang tidur di ruang tamu, mungkin ibu penat agaknya.

   Mira dengan pantas menuju ke ruang tamu dan mengejutkan ibunya untuk meminta wang kerana dia mahu keluar bersuka ria bersama kawan-kawannya. Along begitu marah melihat gelagat adiknya yg mengejutkan ibu yg sedang lena tidur semata-mata untuk meminta wang. Along memarahi Mira. Namun, ibu segera meleraikan pergaduhan mereka.

   "Along, janganlah kamu memarahi adik kamu, dia hanya mahu meminta wang untuk membeli buku rujukan bersama rakan-rakannya. Lagipun SPM sudah dekat. Ibu mahu dia berjaya kelak." lantas ibunya masuk ke dalam biliknya dan menyeluk saku baju kerjanya. Mira hanya menurut ibunya dari belakang. Ibu memberi RM30.00 kepada Mira, namun itu belum cukup bagi Mira, dia merebut wang selebihnya ada di tangan ibunya.

"Jangan Mira, itu wang untuk......"
Belum habis  ibunya berkata-kata Mira terus keluar dari rumah. Suara Mira jelas didengari oleh ibunya.
"Ibu, duit kita boleh cari lagi.Jangan risau," dia tidak tahu ibunya bertungkus lumus mencari wang untuk mereka sekeluarga.

Namun, ibunya tidak menaruh sebarang perasaan marah kepada anaknya itu kerana anak merupakan kurniaan Allah yang tidak boleh dijual beli baginya.
Along tidak melihat apa yg berlaku kerana asyik memasak di dapur.

Hari ini tidak seperti hari sebelumnya, jam sudah menunjukkan 11 malam.Mira masih belum pulang ke rumahnya. Ibu dan Along sudah mula risau. Tida lama kemudian, telefon berbunyi dan Along segera mengangkatnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendengar satu-satunya adiknya mengalami kemalangan yg mengakibatkan penglihatannya menjadi buta.

Ibu yg mendenagr  berita itu amat terkejut lalu mencari orang untuk menghantar mereka berdua ke hospital. setibanya di hospital, ibu melihat teriakan Mira yg amat sedih akibat hilang keupayaan untuk melihat.

"Sudah tidak guna lagi aku hidup di dunia ini, aku sudah tidak mampu melihat lagi."

Ibu sudah tidak sanggup melihat anaknya hidup dalam kegelapan selama-lamanya. Dia harus mencari cara untuk mengembalikan penglihatan anaknya semula.

Seketika kembali seorang doktor datang ke arah Mira dan berkata, "Mira, awak jangan risau, kami telah menemui seorang penderma yg sanggup mendermakan matanya kpd awak."

Mira merasakan dirinya orang yg paling bertuah setelah mendengar berita gembira itu.

Hari pembedahan sudahpun tiba, pembedahan semuanya berlaku lancar.Pembedahan itu mengambil masa hampir 4 jam. Hasilnya juga mengembirakan. Hari ini, hari yg paling penting buat Mira kerana balutan pada matanya akan dibuka dan menandakan dia samada dia berjaya melihat kembali ataupun tidak. Hasilnya amat memberangsangkan. Mira dapat melihat semula.

Along orang pertama yang dilihatnya. Mira tertanya-tanya dimanakah ibu. Dia mahu meminta maaf kepada ibu atas semua kesalahan yg telah dia lakukan. Mira sudah insaf.

"Along, di mana ibu? Mira hendak cium tangan ibu dan meminta maaf kepadanya. Tangisan air mata jelas kelihatan mengalir di pipi Along. "Along, mengapa menangis ? Ibu mana?" pertanyaan itu ditanyakan kepada Along berkali-kali tetapi hanya linangan air mata dapat dilihat mengalir di mata Along. Berbagai persoalan bermain di minda Mira saat itu.

"Ibu sudah tinggalkan kita, dik! Ibu mengalami komplikasi semasa pembedahan mendermakan matanya kepadamu adik. Dia mengambil risiko untuk menjalani pembedahan walaupun usianya sudah lanjut adi. Ibu telah melakukan satu pengorbanan yg sangat besar kepada kamu Mira!" Mira berlari ke arah bilik mayat lalu diekori Along.

Mira melihat ibunya terbujur kaku dan tidak bernyawa lagi. "Ibu, bangun ibu! Mira datang ni, nak minta maaf kat ibu. Kenapa ibu tak membiarkan Mira buta sahaja ? Mira tak sempat minta maaf kat ibu, Mira menyesal ibu!"

Along cuba menenangkan Mira dan memberikan sepucuk surat kepada Mira.

"Mira,
Di saat kau membaca surat ini,
Mungkin ibu telah meninggalkan dunia ini,
Andai kata Ibu pergi sebelum sempat berjumpa dengan Mira,
Ibu pasti Mira sudah dapat melihat dunia ini dan kebesaran Ilahi...
Ibu sudah mengampunkan segala dosa-dosa Mira..
Terimalah sepasang mata ini daripada Ibu...."

1 Comel ♥:

Suria November said...

nice writing.
Apa pun, jangan mengalah. Teruskan usaha ya. Keepidap.
btw, blog ni memang tak ada button follow ke? it's really important sebab kalau tak ada button tu, certain person yang tak boleh tekan button follow yang kat atas sekali tu tak boleh follow :)