Kisah dari Jepun : Bestnye Sensei Ada Tuhan !





Siapa suka bunga sakura ?
Cantik sangat ke bunga sakura ini ?
Inilah bunga kesukaan saya...
Tetapi hari ini saya bukan mahu bercerita tentang kecantikan bunga sakura ini atau siapa yg suka bunga ni.
Tetapi saya nak kongsi satu cerita yg ada kaitan denga makhluk bernyawa yg menetap di tanah tumbuhnya bunga sakura ini...

Al-kisah, Kak Farhana merupakan seorang pelajar yg menuntut di salah sebuah universiti di Jepun, beliau juga bekerja sambilan sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Inggeris.
Kak Farhana mempunyai seorang anak murid lelaki...

Saya cerita sedikit tentang anak murid cikgu Farhana. Prbualan mereka dalam bahasa  Jepun ini sudah diterjemah oleh cikgu Farhana, lebih kurang begini perbualan mereka.

"Sensei (cikgu), kalau sensei berhajat akan sesuatu apa yg sensei akan buat?"  Tanya anak murid itu.

"Oh, sensei kan ada Tuhan. Bila sensei nak sesuatu sensei akan minta dengan Tuhan sensei."
Cikgu Farhana cuba memberikan jawapan yg mudah untuk anak muridnya fahami.

"Wah, bestnya sensei ada Tuhan! Macam mana cara sensei minta dengan Tuhan sensei?"  balas anak murid itu mahu tahu.

Hati cikgu Farhana tersentak bagaikan menyedari sesuatu, hatinya bagaikan menangis, merintih.

"Ya Allah, baru aku sedari beruntungnya aku memunyai Engkau sebagai tempat aku bergantung dan meminta."

Air mata cikgu Farhana meronta-ronta untuk keluar tapi ditahan oleh perasaan egonya seorang guru dihadapan anak muridnya.

"Cikgu minta dengan berdoa macam ni."  Jawabnya rinngkas sambil menadah tangan separa bahu.

"Oh, kalau begitu saya pun mahu berdoa pada Tuhan cikgu, saya pun mahu ada Tuhan macam cikgu,sebab setiap kali saya ada perlawanan bola sya selalu berdoa supaya menang tetapi tidak tahu berdoa pada siapa."  Balas anak murid itu yg masih tidak tidak mengerti akan konsep ketuhanan.

Cikgu Farhana tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Di dalam hati dia memanjatkan kesyukuran kerana Allah s.w.t melahirkan dirinya sebagai seorang Islam dan dikurniakan Iman yg tidak dapat dijual beli atau diwarisi.

Banyak pengajaran yg saya dapat dari cerita kak Farhana ini. Walaupun ringkas tetapi amat terkesan di hati saya dan tidak mungkin luput dari ingatan. Sedih memikirkan nasib manusia yg ingin bertuhan tetapi tiada siapa yg dapat menjelaskan pada mereka.

Semoga saudara seislam disana diberi kekuatan dalam perjuangan dakwah oleh Allah s.w.t yang Maha Kuasa  agar bertambah bagi sudara baru kita di Jepun dan negara-negara lain termasuk Malaysia.

begitulah hakikat setiap tubuh yg diciptakan oleh yang Maha Esa dilahirkan bersama-sama fitrah yang ingin bertuhan.

Inilah norma kehidupan majoriti orang Jepun, juga orang yang bertuhan tetapi melupakan Tuhannya , yg hidup dalam kecanggihan teknologi dan bangunan-bangunan pencakar langit yg menghiasi setiap bandar.

Pagi bergegas ke pejabat atau menghadiri kuliah, malam ula mencari hiburan kononnya mengubati keletihan, kemudian esok harinya , lusa, dan hari berikutnya juga melakukan perkara yg sama.

Adakah kita hidup hanya untuk bekerja sahaja? atau berseronok? atau memenuhi perut dengan makanan yg sedap-sedap sahaja?

Tepuk dada, tanya Iman



.



0 Comel ♥: