Persoalan Mengenai Janji




Setiap orang pernah berjanji. Tetapi setiap orang belum tentu dapat menunaikan janji yang dibuat.
tidak kiralah sama ada janji itu terlafaz atau tertulis oleh seseorang itu.
Ada janji yang mudah ditunaikan. Ada yang sangat sukar untuk terlunaskan. lebih-lebih lagi janji
yang harus ditunaikan kepada seseorang yang jauh dari pandangan mata. Waktu itu, yang tinggal hanya
kejujuran dan rasa tanggungjawab. Seperti ombak yang setia menyapa pantai, begitulah sewajibnya
rasa tanggungjawab itu mengingatkan kejujuran agar menunaikan janji yang sudah dipersetujui.
Siapa saya ? Dan siapa awak ? Itu bukan soalnya.
Persoalannya, awak pernah berjanji ? Kalau pernah apa janji awak ?
Saya sendiri pernah berjanji. Payah juga hendak melunaskannya sebab janji akan disertai pelbagai
cubaan yang akan membuatkan ia menjadi ingkar. Selalunya kalau menyimpang seinci, janji itu akan
termungkir jauh beribu batu.
Janji. Bukan semua orang dapat tunaikan !